Iran Berdarah: Protes pemakaian tudung punca 17 nyawa ‘melayang

DUBAI: Pihak berkuasa Iran dan kumpulan hak asasi Kurdish melaporkan sebanyak 17 kematian termasuk anggota polis dan militia prokerajaan selepas bertempur dengan penunjuk perasaan yang merusuh berikutan kematian seorang wanita dalam tahanan kerana didakwa tidak memakai tudung secara sempurna.

Protes yang masuk hari kelima itu menyaksikan rakyat Iran terus menzahirkan rasa marah dan tidak puas hati dengan kematian Mahsa Amini, 22, yang sebelum itu ditahan polis moral di Teheran

Mahsa dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital sehari selepas ditahan pihak berkuasa sebelum meninggal dunia.

Media Iran melaporkan, empat orang lagi maut dalam tempoh dua hari lalu, menjadikan jumlah korban keseluruhan sebanyak lapan kematian.

Protes yang awalnya tertumpu di kawasan majoriti Kurdish di Iran sebelum merebak ke 50 bandar lain di seluruh negara disifatkan yang terbesar sejak gelombang demonstrasi membantah lonjakan harga petrol pada 2019.

Kumpulan hak asasi Kurdish, Hengaw mendakwa, sejak protes itu diadakan Sabtu lalu, seramai 10 penunjuk perasaan maut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menafikan laporan menembak mati penunjuk perasaan dan memaklumkan kemungkinan mereka diserang kumpulan bersenjata.

Selain itu, pihak berkuasa negara ini dilaporkan menyekat perkhidmatan internet, termasuk aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain bagi meredakan situasi. – REUTERS

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker