2 lelaki edar dadah dalam bentuk cecair vape dicekup

Kegiatan dua lelaki memproses dan mengedar dadah dalam bentuk cecair vape akhirnya tumpas apabila dicekup polis, di Setapak, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) hari ini, sindiket tersebut mula aktif sejak hujung tahun lepas.

“Pengedar menghantar sendiri perisa vape ke Kuala Lumpur untuk suspek mencampurkan cecair dadah.



“Suspek kemudian menghantar sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan kurier. Perisa vape ini akan memberi kesan khayal dengan lebih cepat.

“Sebanyak 90 botol cecair vape mengandungi dadah dengan anggaran isi padu 900 mililiter (mm) bernilai RM13,500 telah ditemui dalam kereta suspek,” katanya.

Sehubungan itu, dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 22 tahun ditahan kira-kira pukul 11.20 pagi di Jalan Usahawan, Setapak, disini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama enam hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada



Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker