Farid ke mahkamah bawa bunga, cincin untuk Diana, sekali semuanya dibuang

Farid ke mahkamah bawa bunga, cincin untuk Diana, sekali semuanya dibuang

Tidak hanya membawa sejambak bunga mawar, pelakon Farid Kamil, 42, turut membawa sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, Diana Danielle, 32.

Kata Farid yang ditemui selepas selesai proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, berkata cincin itu sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan ke-11.



“Demi menyelamatkan rumah tangga, saya berusaha mendapatkan semula cincin ini.

Baca Artikel Menarik:

Keluarga terkejut rumah tangga Farid, Diana bergolak

“Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli cincin, tahun ini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11.



“Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah,” katanya.

Kotak berisi sebentuk cincin itu turut dibuka dan ditunjukkan kepada petugas media yang hadir membuat liputan.

Bagaimanapun, Diana ketika ditanya mengenai cincin itu berkata, ia adalah cincin yang pernah dihilangkan Farid sejak lapan tahun lalu.

Baca Artikel Menarik:

 



Ibu Neelofa Kongsi Amalan Bidaah Baca Bismillah 787 Kali – Ustaz Syihabudin

 

“Cincin yang nak bagi sudah dihilangkan selama lapan tahun, tetapi baru hari ini nak beri semula cincin perkahwinan ini,” katanya.



Farid dan Diana hadir ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi bagi melantik wakil JKP bagi menyelesaikan konflik rumah tangga, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.



Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. BH

Farid ke mahkamah bawa bunga, cincin untuk Diana, sekali semuanya dibuang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana



Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker