PAS mahu Hui Ying letak jawatan
PAS mahu Hui Ying letak jawatan
Seorang Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mendesak Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying meletak jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa), berkata ini susulan Hui Ying gagal memberikan jawapan ketika sesi soal jawab mengenai soalan dikemukakannya berkaitan isu peruntukan dan mekanisme pemantauan makanan Program Rancangan Khas (RMT).
Beliau berkata, adalah satu pembaziran wang kerajaan untuk menggajikan Hui Ying yang tidak mampu menggalas tanggungjawab diberikan.
“Saya fikir perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen…saya meminta Menteri Pendidikan atau Timbalannya menjawab soalan nombor 16.
“Sayangnya Timbalan Menteri Pendidikan itu tidak menyediakan jawapan, ini tidak sepatutnya berlaku. Malah saya juga bertanyakan, jika beliau tidak ada jawapan kepada soalan asal, bolehkah dia menjawab soalan tambahan, namun beliau nampaknya tidak bersedia dan hanya datang untuk memenuhi kerusi di sebelah sana.
“Seseorang timbalan menteri itu perlu hadir ke Dewan Rakyat dengan persediaan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sebelum ini, tindakan Hui Ying yang gagal menyediakan jawapan ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor yang menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi gambaran tidak baik kepada kerajaan.
Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, jawapan kepada soalan dikemukakannya itu sepatutnya sudah disediakan lebih awal dan dibacakan di Dewan Rakyat hari ini.
“Jawapan sepatutnya sudah ada, tetapi beliau tidak bawa atau baca. Jika nak jadi kerajaan, sepatutnya dua minggu sebelum sidang ini sudah selesai bab jawapan ini,” katanya.
Seorang Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mendesak Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying meletak jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa), berkata ini susulan Hui Ying gagal memberikan jawapan ketika sesi soal jawab mengenai soalan dikemukakannya berkaitan isu peruntukan dan mekanisme pemantauan makanan Program Rancangan Khas (RMT).
Beliau berkata, adalah satu pembaziran wang kerajaan untuk menggajikan Hui Ying yang tidak mampu menggalas tanggungjawab diberikan.
“Saya fikir perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen…saya meminta Menteri Pendidikan atau Timbalannya menjawab soalan nombor 16.
“Sayangnya Timbalan Menteri Pendidikan itu tidak menyediakan jawapan, ini tidak sepatutnya berlaku. Malah saya juga bertanyakan, jika beliau tidak ada jawapan kepada soalan asal, bolehkah dia menjawab soalan tambahan, namun beliau nampaknya tidak bersedia dan hanya datang untuk memenuhi kerusi di sebelah sana.
“Seseorang timbalan menteri itu perlu hadir ke Dewan Rakyat dengan persediaan,” katanya dalam sidang media hari i
Sebelum ini, tindakan Hui Ying yang gagal menyediakan jawapan ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor yang menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi gambaran tidak baik kepada kerajaan.
Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, jawapan kepada soalan dikemukakannya itu sepatutnya sudah disediakan lebih awal dan dibacakan di Dewan Rakyat hari ini.
“Jawapan sepatutnya sudah ada, tetapi beliau tidak bawa atau baca. Jika nak jadi kerajaan, sepatutnya dua minggu sebelum sidang ini sudah selesai bab jawapan ini,” katanya. BH
PAS mahu Hui Ying letak jawatan
Baca Artikel Menarik:
- Fathia Latiff dalam ketakutan
- Kami faham derita Puteri Sarah – Ibu Syamsul
- Wanita kecewa ketahui suami gay selepas kahwin [VIDEO]
- PRN: Bukan jumlah kerusi jadi keutamaan tetapi ‘kebolehmenangan’ – Zahid
- Video Imam hampir dilempang dengan selipar, pihak masjid rayu hentikan penyebaran
- Rosyam Nor Jual Kambing Perap Pula
- Fenomena Tiang Cahaya muncul di Johor Bahru
- Puteri Sarah Berlakon Jalan Cerita Tentang Poligami
- Kurang ajar! Warga asing cabul remaja perempuan berjaya ditahan
- Amelia Henderson Pernah ‘Hilang’ Kawan Sebab Keluarga Tak Kaya [VIDEO]
- Syamsul Yusof sedih hubungan dengan ibu makin keruh
- Patuh cakap isteri, Aaron dilarang jumpa Syamsul Yusof
- Tangkap ular sawa, isteri selamba suami melompat [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.