Tiba Ramadhan, Bell Ngasri jadi tumpuan

Tiba Ramadhan, Bell Ngasri jadi tumpuan

Gara-gara melakonkan watak tidak berpuasa dalam telefilem 16 Puasa dan 17 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid, Bell Ngasri, 42, terus dicop sebagai ‘ikon’ bagi golongan yang culas berpuasa setiap kali Ramadan.

Bell berkata, dia sudah biasa berdepan situasi ini walaupun watak itu sudah beberapa tahun dilakonkan.

“Saya dah lali dengan benda itu dan apa yang berlaku. Kadang-kadang saya puasa pun orang cakap saya tak puasa. Itu pun satu masalah buat saya.

“Apapun saya hanya seorang pelakon yang melakonkan watak dan tak pernah mengharapkan orang tak puasa atau ikut perangai dalam cerita itu.

“Saya juga tak pernah terasa hati atau sedih sebab dicop sampai begitu kerana saya hanya menjalankan tugas bagi melakonkan watak ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia mulanya membawakan watak Dak Ngas untuk telefilem 16 Puasa dan 17 Puasa. Namun ditukar kepada Barkoba dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang serta siri Kampong Pisang yang lain.

“Mesejnya dalam cerita ini supaya orang ambil iktibar dan jangan tiru perangai begitu. Jadi, saya tak pernah terasa hati dicop peminat dengan gelaran ini.

“Buat tak peduli pun ya juga sebab saya buat (berlakon) watak ini untuk orang seronok, ‘enjoy’ dengan cerita atau lakonan yang saya buat. Bila sampai macam itu sekali orang cop saya, alhamdulillah maknanya saya berjaya.

“Semestinya saya rasa rindu berlakon dengan arwah Mamat sebab ikutkan sebenarnya dia rancang nak buat Kampung Pisang sehingga 20 siri dan hanya sempat hasilkan hingga 18 saja,” katanya.

Bell mendoakan legasi Mamat tidak terhenti setakat ini saja dan diteruskan atau disambung oleh anaknya, Amin.

“Cuma mungkin ia tak sama dengan arwah. Tapi insya-Allah moga-moga serba sedikit dapat sambung sebab penonton suka dan mahukan siri ini.

“Selagi diterima dan orang suka boleh saja nak diteruskan. Arwah Mamat tetap legenda dibhati saya dan tiada galang gantinya.bPayah nak dapat orang sepertinya. Saya nampak karyanya relevan di setiap masa,” katanya.

Menerusi Instagram, Bell secara bergurau memuat naik Borang Keahlian Geng Plastik Hitam yang sinonim dengan orang tidak berpuasa. Ia mendapat tanda suka lebih 11,000 pengikutnya. HM

Tiba Ramadhan, Bell Ngasri jadi tumpuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker