Lantik orang kalah demi kukuhkan parti – Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan melantik mereka yang kalah pada pemilihan parti itu untuk memegang jawatan tertentu, sebagai satu keterangkuman dalam usaha mengukuhkan UMNO.
“Yang menang, tak menang semua, yang kalah, tak kalah semua, maka keterangkuman ini saya lakukan demi kukuhkan parti yang di mata orang luar sedang berada dalam keadaan cacamarba.
“Keputusan dibuat di peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan nasional saya lihat satu gelombang baharu dan saya harus bersama mereka untuk membina kekuatan baharu UMNO, rapatkan saf pemimpin di setiap peringkat,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Masjid Batu 8 di Gombak Utara, dekat Kuala Lumpur hari ini.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2023-2026 yang pertama pada Rabu lepas memutuskan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai MT UMNO (lantikan) dan memegang jawatan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.
Turut diumumkan pelantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO.
Shahrizat tewas dalam persaingan merebut jawatan Ketua Wanita manakala Mahdzir dan Reezal Merican kalah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.
Pemilihan UMNO yang selesai diadakan Sabtu lepas menyaksikan Datuk Dr Noraini Ahmad mempertahan jawatan Ketua Wanita manakala tiga jawatan Naib Presiden dimenangi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah