Rafizi berdepan dengan saman Zainab
Seorang wanita menafikan dirinya sebagai isteri bekas menteri di jabatan perdana menteri Abdul Latiff Ahmad seperti didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, berkaitan skandal projek kapal tempur pesisir (LCS).
Zainab Mohd Salleh semalam mengeluarkan surat tuntutan kepada Rafizi agar dia membuat permohonan maaf dalam tempoh 14 hari.
Zainab mendakwa ahli parlimen Pandan itu membuat enam kenyataan bersifat fitnah antara 22 Ogos dan 1 November 2022 di laman blog dan akaun TikToknya.
Dia menyangkal kenyataan itu – yang didakwanya sebagai membayangkan dia adalah isteri kedua Latiff dan menjadi proksi kepadanya berhubung kontrak pertahanan yang berkaitan dengan projek LCS – sebagai tidak benar.
Dia mendakwa Rafizi membuat kenyataan itu dengan motif politik ekoran PRU15 yang bakal menjelang ketika itu dan Rafizi tidak pernah cuba menghubunginya sebelum membuat dakwaan tersebut.
Justeru, Zainab menuntut Rafizi untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 14 hari dan disiarkan oleh akhbar dan media dalam talian, membuat aku janji bertulis yang menyatakan dia tidak akan menerbit, menulis atau mengekluarkan kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi yang munasabah.
Pada 22 Ogos tahun lalu, dalam usahanya mencari “ikan jerung” yang terlibat dalam skandal LCS, Rafizi mendakwa Latiff terlibat dalam projek itu melalui dua syarikat luar pesisir yang didakwa dikawal oleh Zainab.
Menurut Rafizi, maklumat berkenaan status luar pesisir dan kaitan Zainab dengan syarikat itu pertama kali didedahkan pemberi maklumat yang terlibat dalam projek Panama Papers dan Paradise Papers.
Dia juga mendakwa apa yang dikatakan sebagai kaitan antara Latiff dan Zainab ada direkodkan dalam kertas siasatan dalaman skandal LCS.
Namun Latiff dalam respons segera berkata Zainab bukanlah isterinya.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi pasukan peguam Rafizi untuk mendapatkan respons berkenaan perkara ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah