Fenomena gelinciran planet Zuhrah dengan bulan

Fenomena gelinciran planet Zuhrah dengan bulan

Orang ramai boleh menyaksikan fenomena gelinciran planet Zuhrah dengan bulan di angkasa ketika ini.

Rektor Akademi Astronomi Malaysia, Akademi Falak Malaysia Shahrin Ahmad berkata, kali terakhir fenomena ini berlaku di negara ini pada 27 Mei tahun lalu.



“Namun, ia berlaku pada waktu siang dan tidak ramai dapat menyaksikan sendiri berbanding fenomena kali ini apabila ia boleh dilihat dengan mata kasar ketika ini.

“Sebelum itu, fenomena sama berlaku pada 18 September 2017 dan ia turut boleh dilihat dengan mata kasar seperti fenomena pada malam ini yang kita sedang lihat,” katanya.

Beliau berkata, fenomena ‘kegelinciran’ ini amat menarik untuk dicerap kerana ia dapat menunjukkan momen-momen cahaya daripada Zuhrah akan hilang, muncul dan pudar sedikit daripada kesan ia bergerak di celah-celah gunung dan lurah di ufuk permukaan bulan.

Katanya, bagi orang awam yang juga peminat gerhana matahari penuh, fenomena ini sama seperti terbentuknya kesan ‘Baily’s Beads’.



Menurutnya, waktu bermula dan berakhirnya penghijaban ini berbeza daripada satu lokasi ke lokasi lain.

“Kita boleh melakukan kiraan sendiri dengan menggunakan aplikasi seperti SkySafari atau Celestron SkyPortal dan seumpamanya,” katanya.

“Untuk mendapatkan maklumat terperinci, pengguna boleh melayari laman web falakonline.net dan saya sendiri menulis dengan terperinci berhubung fenomena ini,” katanya.

Fenomena gelinciran planet Zuhrah dengan bulan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker