Kes Covid-19 meningkat namun angka kematian, ICU menurun

Kes Covid-19 meningkat namun angka kematian, ICU menurun

Malaysia merekodkan trend peningkatan kes baharu Covid-19 bagi minggu epidemiologi ketiga (ME 3/2022) dari 16 hingga 22 Jan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes baharu itu meningkat sebanyak 7.9 % iaitu daripada 22,006 kes pada ME 2/2022 (9 hingga 15 Jan) kepada 23,752 kes pada ME 3/2022.

“Purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 2.4% dengan purata sebanyak 39,507 kes pada ME 2/2011 kepada 40,473 kes pada ME 3/2022.

“Walau bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan konsisten sebanyak 19% dengan 102 kematian pada ME 3/2022 berbanding 126 kematian pada ME 2/2022. Penurunan ini dicatatkan mulai ME 52/2021,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan penurunan sebanyak 30.3% iaitu 129 kes (ME 3/2022) berbanding 185 kes (ME 2/2022).

Katanya penurunan kes ICU secara konsisten telah dilaporkan sejak ME 33/2021 dengan sedikit peningkatan kepada kes ICU pada ME 44/2021 dan penurunan semula kes ICU secara konsisten dicatatkan sejak 10 minggu lalu pada ME 45/2021.

Selain itu, katanya purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan 23.5% iaitu 52 kes (ME 3/2022) berbanding 68 kes (ME 2/2022) dengan purata itu kekal menurun semenjak 22 minggu yang lalu, manakala purata nilai RT meningkat sebanyak 2.0% daripada 0.99 pada ME 2/2022 kepada 1.01 pada ME 3/2022.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan 88 kluster baharu dilaporkan pada ME 3/2022, melibatkan pusat pendidikan (62), tempat kerja (18), kumpulan berisiko tinggi (empat) dan masing-masing satu membabitkan komuniti, keagamaan, import dan pusat tahanan. FMT

Kes Covid-19 meningkat namun angka kematian, ICU menurun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker