“Ibu ratu hatiku” – Najib kongsi gambar kenangan bersama ibu tercinta

KUALA LUMPUR: “Ibu ratu hatiku.”
Itu luah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kehilangan ibu tercinta, Tun Rahah Tan Mohamed Noah yang menghembuskan nafas terakhir pada petang Jumaat.
Perkongsian ringkas itu dimuat naik menerusi Instagram peribadinya.
Sebelum itu, Najib mengesahkan pemergian bondanya melalui perkongsian Instagram story selain mengesahkan Allahyarham sudah tiada.
“Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Najib turut menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas perkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya malam tadi.
Najib adalah anak sulung kepada Allahyarham Tun Razak. Beliau selalu sentiasa dekat dengan ibunya kerana kehilangan ayah di usia yang muda.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker