Bukan Anwar, Jauh Sekali Mahathir, Pembangkang Perlu Tetapkan Hala Tuju Untuk Beri Impak

 

KUALA LUMPUR: Menukar kepimpinan kini bukanlah satu jawapan desakan rakyat yang mahukan blok pembangkang yang lebih memberi impak.

Sebaliknya, Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berpendapat, tanpa menetapkan hala tuju, menukar kepimpinan tetap tidak akan membawa kesan seperti yang diharapkan.



“Mereka perlu tetapkan hala tuju dalam bersetuju atas dasar beberapa polisi ekonomi yang mereka katakan lemah.

“Kedua, mereka tidak mempunyai collective responsibility, walaupun pernah menjadi menteri atau timbalan menteri. Tetapi kalau kita lihat pada Belanjawan 2021, mereka hanya mengeluarkan cadangan tanpa ada koordinasi yang berstruktur, hanya penekanan dalam beberapa isu dan aspek sahaja.

“Selain itu, Parlimen perlu juga memberi ruang kepada pembangkang dalam membawa usul atau berbahas. Seperti contoh di United Kingdom, mereka ada ruang untuk pembangkang bawa usul,”katanya ketika dihubungi melalui Skype di sini, hari ini.

Tambah Fakhrurrazi, peranan pembangkang di Malaysia terlebih dahulu perlu diiktiraf untuk membolehkan ia benar-benar berfungsi.



“Di Malaysia, katakanlah ada usul tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Perdana Menteri, ia perlu dibahaskan kerana agenda kerajaan adalah agenda utama dalam Parlimen.

“Ini berbeza dengan UK di mana bila ada pembangkang mencadangkan satu usul untuk dibahaskan, ia akan disegerakan untuk membolehkan ahli Parlimen membahaskan secara menyeluruh.

“Saya fikir kita perlu konsep dwi-partisan, contohnya di negara luar, semasa atau sebelum Belanjawan dibentangkan semua butiran akan diserahkan kepada jawatankuasa khas.

“Di sini akan ada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, duduk bersama meneliti belanjawan tersebut, keluarkan laporan untuk dibahaskan di Parlimen.



“Dengan adanya jawatankuasa ini, kita tahu konsepnya dwi partisan di mana ahli parlimen kerajaan, pembangkang dan eksekutif memberi perbahasan dan responsif berbading sidang yang lebih besar dan tidak mempunyai hala tuju,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker