Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

Negara sedang bersedih dengan pemergian ke rahmatullah seorang srikandi negara Tun Rahah Mohamed Noah, yang dikenali sebagai seorang isteri dan wanita yang cekal, ibu penyayang dan insan berhati mulia.

Rahah adalah figura penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta anaknya Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri keenam.

Dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor, beliau adalah puteri bongsu kepada seorang ahli politik negara, Allahyarh4m Tan Sri Mohamed Noah Omar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, di Johor Baharu.


Rahah, 87, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Razak pada 4 September 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim.

Walaupun beliau menjadi balu pada usia muda, ketika berusia 43 tahun selepas Abdul Razak men1nggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat leukemia, namun beliau mampu membesarkan lima anaknya sehingga menjadi individu berjaya dalam pelajaran mahupun kerjaya masing-masing.

Sebagai seorang isteri kepada pemimpin utama negara, Rahah banyak memberikan semangat dan perangsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa darurat di Tanah Melayu dan rusvhan kaum pada tahun 1969.

Beliau juga sering mengiringi suami menjalankan tugas-tugas rasmi negara sama ada di dalam mahupun luar negara.

Memandangkan ayahnya mempunyai pengalaman yang luas dalam polit1k termasuk pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama dan Yang Dipertua Dewan Negara, Rahah banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ayahnya mengenai selok-belok politik.

Beliau turut memainkan peranan yang aktif dalam setiap pilihan raya dengan berkempen dari rumah ke rumah dan berucap di perhimpunan anjuran wanita.

Beliau telah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan membabitkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.

Selain itu, Rahah seorang yang aktif dalam pergerakan kaum Ibu Umno (kini Wanita Umno) dan pernah menjadi pengasas pergerakan Wanita Umno Petaling Jaya, selain cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi manfaat kepada kaum wanita.

Beliau juga adalah penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) yang pertama pada 1969 hingga 1976 selain pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankvasa Pengelola Restoran Rakyat dan menjadi Canselor pertama Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada 2001.

Sebagai seorang ibu, Rahah memainkan sebahagian besar peranan dalam mengasuh dan mendidik putera-puteranya.

Selepas Abdul Razak men1nggal dunia, Rahah menjadi ibu dan bapa kepada anak-anaknya yang ketika itu masih belajar.

Beliau disifatkan sebagai seorang ibu yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan dengan penuh kasih sayang.

Najib dalam perutusan sempena Hari Ibu sebelum ini berkata, beliau tidak mungkin berada pada kedudukannya sekarang jika tidak kerana sokongan dan kasih sayang ibu yang tidak pernah pudar.

Menurutnya, beliau mengagumi dan terasa kerdil dengan ketinggian peradaban, sikap tenang, kemurahan dan kebaikan hati, kebijaksanaan serta gerak hati ibunya selama ini.

“Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri; memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami,” katanya.

Pelbagai penganugerahan darjah dan pengiktirafan diterima Allahy4rham, antaranya dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota daripada Kerajaan Persekutuan pada 1976 yang membawa gelaran ‘Tun’, Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Anugerah Srikandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Universiti Utara Malaysia.

Kekuatan di sebalik kelembutan wanita bernama Tun Rahah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker