Kekuatan di sebalik kelembutan wanita bernama Tun Rahah

KITA sering mendengar ‘di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya’.

Kata-kata tersebut sesuai digambarkan kepada susuk wanita berusia 87 tahun, Tun Hajah RahahTan Sri Mohd Noah, isteri bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Walaupun menjadi isteri kepada Bapa Pembangunan Negara, Tun Rahah bagaimanapun dikenali dengan keperibadiannya yang tidak menonjol dan pendiam.

Sifatnya yang sederhana itu banyak membantu meningkatkan populariti Tun Abdul Razak sebagai seorang pemimpin negara yang disegani.

Tun Rahah mendirikan rumatangga dengan Tun Abdul Razak pada usia 19 tahun pada 4 September 1952, sebaik sahaja meninggalkan Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, Johor Bahru, Johor.

Pada ketika itu, Tun Razak berusia 30 tahun dan berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima putera iaitu Datuk Seri Mohd Najib, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam, Datuk Seri Mohd Nazir dan Datuk Mohamed Nazim.

Tun Rahah ketika itu sememangnya mengharapkan kehadiran anak perempuan dan setiap kali mereka mendapat anak lelaki, Tun Abdul Razak memberitahu rakannya “sama sahaja” dan “kita tidak boleh

hampa dengan pemberian Tuhan”.

Al-Fatihah: Ibunda Najib, Tun Rahah Meninggal Dunia

Galas Tugas Ibu dan ‘Bapa’

Tun Rahah dilahirkan pada 11 Jun 1933, dan merupakan anak bongsu dalam keluarga.

Sebagai seorang ibu, Tun Rahah telah menanggung sebahagian besar daripada tugas mengasuh dan mendidik putera-puteranya.

Beliau menjadi ibu dan ‘bapa’ kepada anak-anaknya yang masih menuntut di universiti.

Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia 14 Januari 1976, beliau memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anak sehingga mereka berjaya dalam bidang masing-masing.

Malah, pengorbanannya terbalas, apabila melihat anak-anak dan cucu-cucunya hidup bahagia dan berjaya.

 

Tulang Belakang Pemimpin Negara

Semasa hayat Tun Abdul Razak, sebagai seorang isteri, Tun Rahah telah menyediakan rumahtangga yang sempurna untuk suaminya, seorang tokoh yang sentiasa bekerja kuat untuk negara, bangsa dan agama.

Kekentalan semangat beliau dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi menjadikan beliau teman hidup setia.

Sifatnya yang lemah lembut, sederhana dan bersahaja menjadi resepi utama, beliau disenangi oleh masyarakat di kampung dan bandar.

Sifatnya yang sederhana ini bersesuaian dengan kemahuan suaminya yang tidak mahu isterinya menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan dalam semua hal.

Sifat itulah yang banyak membantu meningkatkan populariti Tun Abdul Razak sebagai seorang pemimpin negara yang disegani.

 

Mendoakan Kesejahteraan Tun Rahah

Aktif Dalam Politik dan Kerja Kebajikan

Tun Rahah bergiat aktif dalam pergerakan kaum ibu UMNO dan terlibat dengan pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.

Beliau juga cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi faedah kepada kaum wanita. Tun Rahah juga menjadi pengasas pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.

Wanita itu juga telah membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan negara.

Beliau sentiasa mengingatkan kaum wanita agar melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan khususnya untuk wanita di samping memberi sumbangan dan khidmat bakti ke arah kemajuan negara.

Dalam erti kata sebenar, Tun Rahah adalah seorang tokoh yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang nasib rakyat Malaysia.

Tun Rahah juga adalah penuang PERTIWI yang pertama, iaitu sejak tahun 1969 hingga tahun 1976.

Allahyarhamah turut dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Restoran Rakyat dan Canselor Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR).

Tun Rahah telah dianugerahkan pingat emas Tun Fatimah daripada NCWO pada tahun 1976.

Justeru, nama Tun Rahah tidak asing lagi di kalangan pemimpin tertinggi wanita seluruh dunia.

Atas sumbangannya juga, beliau menerima  lantikan sebagai Canselor UNITAR dan telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Falsafah Pendidikan dari Universiti Utara Malaysia(UUM) sewaktu Majlis Konvokesyen Kali ke-22.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha”. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.t tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Muhyiddin, Najib Bertemu, PM Luangkan Masa Ziarah Tun Rahah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker