Al-Fatihah: Ibunda Najib, Tun Rahah Meninggal Dunia

Tun Rahah Tan Sri Noah disahkan meninggal dunia di Prince Court Hospital sekitar jam 4.30 petang tadi.

Baru sebentar tadi mendapat berita ibunda Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun.

“Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” kata Najib di Twitternya.

Balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah, dilaporkan baru sahaja meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Tun Rahah merupakan ibu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Najib, Tun Hajah Rahah mempunyai empat lagi anak termasuk bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak.

Terdahulu, Tun Hajah Rahah yang dimaklumkan berada dalam keadaan tidak sihat di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara.

Dalam perkongsian di Facebook atau Twitter, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Berita lanjut menyusul.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker