Soo Wincci berpuasa untuk tahun ke-12

Soo Wincci seronok berpuasa, nak buat puasa enam juga

Soo Wincci berpuasa untuk tahun ke-12

Pelakon, penyanyi dan pensyarah, Dr Soo Wincci, 38, meneruskan aktiviti berpuasa pada bulan Ramadan untuk tahun ke-12 sekali gus mencuri perhatian netizen di media sosial.

Wincci turut berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadan di Instagram.

Wincci, dia bukan saja berpuasa penuh pada bulan Ramadan, malah turut berpuasa enam pada bulan Syawal.

“Berpuasa bukan saja untuk menjaga kesihatan tetapi dapat membantu kekuatan mental dan fizikal serta lebih fokus ketika bekerja,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi pengalaman berpuasa, Wincci berkata, dia berasa agak letih pada hari pertama berpuasa semalam kerana terbabit dengan penggambaran drama 15 episod berjudul The Queen’s Ploy.

“Saya sibuk dengan penggambaran drama pada Ramadan ini dan hanya berbuka juadah yang ringkas untuk berbuka di lokasi.

“Kalau ada kelapangan, saya memang akan membeli juadah berbuka di bazar Ramadan,” katanya.

Ditanya mengenai bersahur pula, kata Wincci, dia pastikan bangun pada jam 5 pagi.

“Saya memilih untuk makan kurma, buah anggur, makan makanan yang mentah dan minum kopi untuk mendapat tenaga sepanjang berpuasa.

“Kalau makan nasi ketika bersahur, saya akan berasa sangat lapar sepanjang hari,” katanya.

Sementara itu, ditanya penerimaan keluarganya pula, kata Wincci, ibu bapanya serta anggota keluarga yang lain juga sudah dapat menerima rutinnya yang berpuasa pada bulan Ramadan itu.

“Ketika mula-mula berpuasa dulu, memang ramai yang membantah kerana saya bukan beragama Islam. Namun, lama kelamaan ibu bapa dan anggota keluarga lain sudah menerima dengan hati terbuka. Malah, ibu bapa juga menemani saya membeli kurma dan berbuka puasa bersama,” katanya. HM

Soo Wincci berpuasa untuk tahun ke-12

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker