Rayuan kembalikan saman berkait tuntutan Batu Puteh didengar 15 Nov

Rayuan kembalikan saman berkait tuntutan Batu Puteh didengar 15 Nov

Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Nov untuk mendengar rayuan seorang individu bagi mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.

Pada hari sama juga, mahkamah akan mendengar rayuan Mohd Hatta Sanuri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lalu yang membenarkan permohonan perdana menteri dan kerajaan Malaysia bagi perintah perlindungan supaya dokumen dalam saman itu tidak didedahkan kepada pihak yang tidak terlibat dalam kes tersebut.



Timbalan Ketua Bahagian Sivil II Jabatan Peguam Negara, Shamsul Bolhassan, semasa dihubungi Bernama mengesahkan tarikh itu.

Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Okt dan hujah balas pada 31 Okt. Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 1 Nov.

Tarikh itu ditetapkan berikutan pengurusan kes yang diadakan semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin.

Pada 1 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Hatta selepas membenarkan permohonan perdana menteri dan kerajaan.



Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu berkata perkara tersebut tidak boleh diadili dan Hatta juga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (perdana menteri dan kerajaan).

Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan bawah pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.

Pada 28 Mei 2021, Hatta, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwa terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hatta memohon perintah supaya defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ dengan tuntutan Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018 sedangkan ia telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.



Beliau turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.

Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.

Semasa Hatta memfailkan saman itu, jawatan perdana menteri disandang Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, selepas beliau berundur, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri kesembilan. FMT

Rayuan kembalikan saman berkait tuntutan Batu Puteh didengar 15 Nov



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker