Pelajar kolej jatuh ‘flyover’ 20 meter

Pelajar kolej jatuh ‘flyover’ 20 meter

AMPANG – Seorang penuntut kolej nyaris maut selepas motosikalnya terbabas sebelum terjatuh dari ‘flyover’ (jambatan) pada ketinggian 20 meter di Jalan Ukay Perdana (Pusingan – U berhampiran Masjid Ukay Perdana), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.30 petang.



“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dalam perjalanan dari Taman Al- Ridhuan, Hulu Kelang menuju ke Masjid Ukay Perdana.

“Semasa melalui selekoh pusingan U di jalan tersebut, mangsa yang tidak dapat mengawal kenderaan telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar tembok penghadang sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, anggaran ketinggian mangsa jatuh adalah lebih kurang 20 meter.

Kata Mohd. Azam, lelaki yang berusia 21 tahun itu disahkan mengalami kecederaan patah tulang kaki kiri, rusuk kanan dan tulang belakang.



“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Ampang dan kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959),” ujarnya.

Tegas Mohd. Azam, saksi bebas yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093. K Online

Pelajar kolej jatuh ‘flyover’ 20 meter

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker