Sah Neelofa dirisik PU Riz – Alhamdulillah

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.

Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.



Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.



Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Rizz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.



PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.

Astro AWANI sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi mendapatkan maklum balas mereka-Awani

KUALA LUMPUR: Instagram (IG) Story dikongsi Neelofa, kira-kira tujuh jam lalu, mencetuskan tanda-tanya apa yang sedang dilalui pengacara dan usahawan popular itu, hari ini.



Melayangkan kata-kata memohon agar hari ini diberkati dan segala perancangan dipermudahkan, netizen berteka-teki apakah Neelofa merancang sesuatu yang istimewa tetapi cuba disembunyikan daripada pengetahuan ramai.

Coretan Neelofa itu berbunyi:

“Semoga hari ini kita diberkati Allah dan dipermudahkan segala perancangan.

 



Perkongsian Neelofa di IG Story mencetuskan spekulasi apa yang dirancang pengacara popular itu hari ini. Foto IG Neelofa
Perkongsian Neelofa di IG Story mencetuskan spekulasi apa yang dirancang pengacara popular itu hari ini. Foto IG Neelofa

 

“Terima kasih Allah kerana menjadikan semuanya tersusun sempurna,” katanya yang digosip menjalin hubungan rapat dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Bagaimanapun, sumber memberitahu BH Online, ada majlis berlangsung di kediaman ibu bapa Neelofa di Petaling Jaya, hari ini, di mana jumlah tetamu dihadkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sumber itu memberitahu, majlis itu dihadiri kira-kira 20 tetamu.



Pada masa sama, tindakan sepupu Neelofa, Qalisha Aray berkongsi foto dirakam bersama pengacara itu dan Riz, menambah spekulasi apakah ada sesuatu dirancang keluarga kedua-dua belah pihak termasuk kemungkinan Neelofa dirisik, hari ini.

Sebelum ini, Neelofa, 31, menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan Riz, 25.

Tanda tanya mula tercetus apabila kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan Riz berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik Neelofa, baru-baru ini.

Neelofa menjelaskan, tiada apa-apa hubungan istimewa antara mereka.

“Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” katanya

Sumber: Instagram LofaPage

“Tak sanggup nak ponteng sekolah…” – Peminat teruja, PU Riz kini seorang guru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker