Pembangunan semula Kampung Baru keperluan penduduk atau kehendak pihak tertentu?

Pembangunan semula Kampung Baru keperluan penduduk atau kehendak pihak tertentu?

Satu kajian impak sosioekonomi perlu dibuat bagi mendapatkan data, maklumat serta pandangan komuniti yang mendiami Kampung Baru, sebelum mengenal pasti kaedah pembangunan semula kawasan itu.

Pakar Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohammad Mujaheed Hassan, berkata kajian menyeluruh perlu dibuat terhadap Kampung Baru untuk mengumpul pandangan komuniti kawasan terbabit.



Beliau berkata, apabila menyentuh pembangunan Kampung Baru, banyak persoalan yang terlintas di fikiran, antaranya siapa sebenarnya yang menginginkan pembangunan di Kampung Baru, adakah penduduk, kerajaan atau pemaju?

“Kenapa Kampung Baru perlu dibangunkan? Adakah pembangunan Kampung Baru sebagai satu keperluan atau kehendak pihak berkepentingan tertentu?

“Antara persoalan lain yang bermain di fikiran, adakah kita menginginkan untuk mengekalkan Kampung Baru sebagai sebuah “kampung” dalam bandar atau menjadikan Kampung Baru sama seperti Kampung Khatijah atau Kampung Abdullah Hukum? di mana ia hanya tinggal pada nama, namun hilang segala sejarah berharga,” katanya kepada BH.

Mohammad Mujaheed turut mempersoalkan, apakah perancangan kerajaan untuk Kampung Baru dibuat selepas kajian terperinci untuk penempatan itu dan membabitkan seluruh komuniti ataupun sekadar mendapat input pihak berkepentingan sahaja?



Katanya, apa juga konsep pembangunan baharu yang ingin diterapkan kerajaan untuk Kampung Baru, selain bagi pemaju, apakah sumbangan dan jaminan boleh diberikan kepada penduduk dan kerajaan kepada komuniti Kampung Baru khasnya dalam menjaga hak Melayu.

“Dikatakan kerajaan terdahulu sudah berusaha merangka suatu kajian yang lebih terperinci hingga tersedia pelan pembangunan semula Kampung Baru yang lengkap dan pada ketika itu dikatakan penduduk tidak perlu bimbang atau khuatir mengenai isu pemilikan kerana kerajaan menetapkan hak milik tanah kekal kepada masyarakat Melayu, malah pembangunan ini akan dinikmati bersama.

“Dalam pada masa yang sama, dikatakan satu sesi Town Hall bersama pemilik tanah Kampung Baru diadakan bersama Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu, dengan memetik satu petikan media tempatan.

“Namun, persoalannya, dimanakah hasil kajian dan pelan terperinci itu? Dan apakah hasil perbincangan sesi Town Hall pada ketika itu?,” persoal beliau lagi.



Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan menolak beberapa cadangan pembangunan semula Kampung Baru yang dikemukakan kerajaan terdahulu, sebaliknya memberi jaminan pentadbirannya akan mencari kaedah lain yang menjaga kepentingan orang Melayu di penempatan itu.

Perdana Menteri berkata, tiga cadangan yang dikemukakan berhubung pembangunan Kampung Baru sebelum ini tidak wajar dilaksanakan kerana mengabaikan kepentingan orang Melayu serta membebankan kerajaan.

Mohammad Mujaheed menyifatkan, keputusan mencari kaedah lain bagi pembangunan Kampung Baru untuk menjaga kepentingan orang Melayu di penempatan itu adalah suatu keputusan yang wajar dan tepat.

“Justeru, pembangunan Kampung Baru sepatutnya lebih berfokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan itu dengan menjadikan kawasan Kampung Baru sebagai salah satu fokus tarikan pelancongan.



“Sebagai contoh, Kampung Morten di Melaka boleh dijadikan sebagai rujukan kepada Kampung Baru,” katanya. BH

Pembangunan semula Kampung Baru keperluan penduduk atau kehendak pihak tertentu?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker