SPM 2022: Kertas PAI trending di Twitter, pelajar ‘goreng’ jawapan

Baru sahaja memasuki hari ketiga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), luahan pelajar berkenaan kesusahan menjawab kertas ujian Pendidikan Islam Malaysia (PAI) hari ini ‘trending’ di Twitter.

Hasil tinjauan Kosmo! di laman Twitter mendapati rata-rata pelajar SPM 2022 tidak menjangka soalan yang diperoleh hari ini berbeza jauh dengan topik ramalan yang digemburkan kepada mereka sebelum ini.

Topik-topik ramalan sebenarnya adalah perkara biasa apabila menjelang peperiksaan besar namun, topik ramalan hanyalah ramalan semata-mata dan tidak boleh dituruti 100 peratus.



“Aku dah ‘pro’ bab haji dan umrah. Sekali yang keluar aqiqah dan korban,” luah @afyqsy4fiqqq.

“Mana haji dan umrah, mana sunnatullah, mana rasuah?,” soal nurfarahrsln.

“Ujian hari ini tujuh per 10 sebab soalan senang dan soalan keluar Khulafa Ar-Rasyidin. Saya hanya baca khalifah. Saya hanya akan sasar A- untuk PAI,” tulis @ayunisyzani.

Selain ramai pelajar meluahkan rasa kecewa dan hilang harapan untuk cemerlang untuk subjek PAI hari ini, ramai juga tetap tenang dan mula melakukan persediaan bagi menghadapi ujian subjek Sejarah kertas satu dan dua esok.



“Kena siap sedia mental untuk esok, penentuan layak mendapat sijil atau tidak. Buat yang terbaik untuk subjek Sejarah esok!,” ciap @rwkqt.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker