Masjid 11 jenis kayu

Masjid 11 jenis kayu

Kota Bharu: Masjid Iktikaf Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah yang terletak di Pasir Tumboh di sini, memiliki keunikan tersendiri apabila dibina 100 peratus menggunakan kayu hutan.

Lebih menarik pembinaan masjid berkenaan menggunakan 11 jenis kayu termasuk tembesu, jembal, mahagani, manggis, kelat, sentang, kelat , square dan juga medan sekali gus membuatkan ia nampak istimewa selain memiliki nilai estetika seni bina yang tersendiri.



Menurut Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah Mohd Fikri Mohd Kasim, 47, pembinaan masjid kayu itu bermula pada Julai tahun lalu dan mendapat sentuhan daripada tukang perabot profesional yang juga sahabatnya iaitu Mohd Amin Jusoh.

Katanya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu disebabkan keindahan pembinaannya mengikut konsep seni bina tradisi Melayu.

“Sebaik membuka pusat pengajian Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah ketika pandemik Covid-19, pertemuan tanpa dirancang dengan sahabat saya dan pada ketika itu menyuarakan hasrat kepadanya dan tidak menyangka dia sanggup merealisasikan impian saya.

“Yang uniknya masjid yang dibina ini tidak menggunakan pelan, sebaliknya ia dibina menggunakan ilham yang datang dari sahabat saya sendiri.



“Kebiasaannya, Mohd Amin menghabiskan masa selama 12 jam sehari bermula 9 pagi sehingga 5 petang dan 11 malam sehingga 3 pagi untuk menyiapkan masjid ini secara berperingkat kerana pada waktu itu Allah SWT mendatangkan ilham kepadanya.

“Alhamdulillah selepas lapan bulan melalui proses pembinaan secara berperingkat, masjid ini mula dapat digunakan pada awal bulan ini untuk pelajar tahfiz menunaikan solat lima waktu selain program-program yang diadakan.

“Ruang solat masjid ini mampu memuatkan sehingga 120 jemaah selain ruang selasar atau serambi (ruang terbuka) di tingkat bawah boleh memuatkan sehingga 100 jemaah dan menjadikan keseluruhan masjid dua tingkat ini mampu memuatkan sehingga 220 jemaah pada satu-satu masa,” katanya ketika ditemui di Pasir Tumboh di sini, semalam.

Mohd Fikri berkata, jika diikutkan pembinaan masjid berkenaan mungkin mencecah hampir jutaan ringgit disebabkan kayu yang digunakan berkualiti tinggi.



“Bagaimanapun, sahabat saya ini tidak meminta bayaran sebaliknya menggunakan kepakaran yang dimiliki dan ikhlas membina rumah ibadah ini bagi kegunaan anak-anak tahfiz yang dianggap menjadi bekalan untuknya di akhirat kelak.

“Namun untuk menampung kos pendawaian serta pengangkutan mengangkat kayu dari hutan selepas ditebang yang kemudiannya akan dipotong mengikut saiz yang diperlukan sebelum dibawa ke lokasi pembinaan selain upah tukang memerlukan saya mengeluarkan kewangan yang kebanyakannya hasil sumbangan orang ramai atau individu persendirian,” katanya.

Katanya, bagaimanapun masjid berkenaan baru 90 peratus disiapkan disebabkan tempat mengambil wuduk belum dibina selain perlu melalui proses-proses akhir bagi mencantikannya. HM

Masjid 11 jenis kayu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”



A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker