Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes

Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes

SELEPAS kes Covid-19 mula berkurangan, banyak negara membuka pintu sempadan bagi membolehkan rakyat melancong. Bagi umat Islam, mereka memilih Tanah Suci sebagai destinasi untuk dilawati.

Namun, apa yang membimbangkan adalah terdapat golongan yang menunaikan umrah dengan mencipta kandungan atau mempromosi perniagaan di depan kaabah.

Lebih teruk, ada yang ke sana semata-mata untuk menunjuk-nunjuk di sosial media, namun harus diakui perkara begini tidak boleh dipukul rata kerana ada yang pergi untuk beribadah.

Perkara itu turut disuarakan Pendakwah Ustaz Abdullah Khairi baru-baru ini.

“Sebagai ustaz dan mutawif, kadang-kadang rasa susah hati apabila bawa orang umrah ke­rana niat mereka bukan untuk beribadat, sebaliknya makan a­ngin.

“Ada yang pergi mengerjakan umrah kerana merasakan duit banyak dan melayan kita (mutawif) sebagai hamba dengan menyuruh melakukan kerja angkat beg dan barangan dibeli mereka.

“Kadang-kadang buat ‘content’ hendak tunjuk hebatnya Mekah. Betul tuan-tuan, akhir zaman orang pergi Mekah bukan untuk menyucikan hati,” katanya dalam satu sesi ceramah.

Bagi Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor pula berkenaan perihal mempromosikan barangan jualan di hadapan kaabah, beliau menganggap perbuatan tersebut seperti memalingkan perhatian jemaah daripada tujuan asal mereka ke Tanah Suci berkenaan.

“Tujuan masjid dibina adalah untuk beribadat kepada Allah, maka tidak wajar perniagaan dan tindakan jual beli barangan dilakukan dalam masjid.

“Ini termasuk tindakan mempromosi dan mengiklankan perniagaan walaupun ada kaitan dengan ibadat. Contohnya seperti pengiklanan yang dibuat oleh mana-mana syarikat atau agensi pelancongan untuk ibadat haji dan umrah.

“Para jemaah dari segenap pelosok dunia datang ke masjid-masjid untuk mengerjakan haji atau umrah dan aktiviti perniagaan dan pengiklanan boleh dianggap sebagai perbuatan memalingkan perhatian jemaah daripada tujuan asal kedatangan mereka ke tempat-tempat tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Bagi menguatkan lagi pendapatnya, beliau turut menyertakan potongan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Hurairah berkenaan dengan lara­ngan berjual beli di dalam masjid.

Baginda bersabda; “Jika kami melihat seseorang menjual barang-barang dalam masjid, maka katakanlah kepada mereka Allah tidak memberi keuntungan pada perniagaan kamu!”

“Berdasarkan hadis tersebut, para ulama ada yang berpendapat berjual beli dalam masjid merupakan perbuatan dilarang, namun segelintir ulama meng­anggap makruh kerana akad jual beli dalam masjid adalah sah,” ujar beliau.

Sebagai mufti, beliau hanya mampu menasihati syarikat atau agensi pelancongan untuk menghentikan perbuatan jemaah yang ke Mekah dan Madinah supaya meletakkan niat yang betul de­ngan mengerjakan umrah.

“Saya ingin menasihati umat Islam Malaysia khususnya wakil-wakil syarikat atau agensi pelancongan supaya menghentikan perbuatan mempromosi dan pengiklanan perniagaan masing-masing di Tanah Suci.

“Tempat berniaga adalah di pasar bukannya masjid yang mana dibina untuk umat Islam beribadat dan melakukan aktiviti kerohanian,” ujarnya. K Online

Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker