Maybank, CIMB beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir

Maybank, CIMB beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan Maybank dan CIMB bersetuju memberikan moratorium pinjaman selama enam bulan kepada mangsa banjir.

Anwar (PH-Tambun) berkata, beliau juga mengarahkan bank lain turut mengikut langkah dua bank itu.



“Tentang moratorium, ada cadangan dari Johor supaya memberikan moratorium kepada peminjam supaya dapat melambatkan bayaran kerana keadaan yang terdesak.

“Setakat ini, Maybank dan CIMB bersetuju untuk memberi moratorium selama enam bulan,” katanya di Dewan Rakyat.

“… dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank lain supaya mengikuti langkah diambil oleh Maybank dan CIMB.”

Beliau menjawab soalan tambahan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang bertanya mengapa kerajaan tidak mengisytiharkan darurat banjir ketika situasi semakin buruk khususnya di Johor.



Mengulas lanjut, Anwar berkata tiada keperluan untuk kerajaan mengisytiharkan darurat kerana persediaan menghadapi bencana itu dibuat lebih awal.

“Tiada keperluan (isytihar darurat) kerana apa yang penting adalah langkah segera untuk membantu.

“Laporan daripada Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) juga tiada keperluan darurat kerana semua kawasan yang terputus hubungan dapat diselesaikan,” katanya. FMT

Maybank, CIMB beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor



Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker