Tak sangka ‘Men-U Rahmah’ ni mahal sikit – Dr Zulkifli

Manchester United terus menjadi bahan di media sosial

Tak sangka ‘Men-U Rahmah’ ni mahal sikit – Dr Zulkifli

Garis masa di media sosial bertambah meriah hari ini susulan keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, di mana Liverpool membelasah musuh tradisinya, Manchester United dengan keputusan 7-0.

Ia ditambah lagi dengan prestasi semasa kedua-dua pasukan, dengan Liverpool dilihat bergelut dalam setiap perlawanan sementara Manchester United kian konsisten mencatatkan kemenangan di bawah kendalian pengurus dari Belanda, Erik Ten Hag.

Antara yang mengulas keputusan itu adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz yang merupakan penyokong pasukan Liverpool.

“Dah lama tak tengok Liverpool main best macam ni kan, Dr Zulkifli Mohamad,” ciapnya di Twitter, sambil menandakan bekas menteri agama itu yang memang dikenali sebagai penyokong kuat skuad The Reds.

Ciapan itu dibalas Zulkifli dengan sindiran tajam. “Men-U (merujuk kepada Manchester United) Rahmah ini saya jangka RM5, rupanya mahal sikit RM7. Sedap lauknya,” katanya.

“Men-U Rahmah yang ni, makan hari-hari pun tak jemu,” sambut Tengku Zafrul pula.

Namun Zulkifli sempat mengingatkan bahawa sindiran berkaitan bola sepak adalah hiburan dan gurauan sahaja dan berharap tiada yang mengambil serius ciapannya.

Selepas prestasi tidak menentu musim ini, Liverpool kian mengejar sejak beberapa perlawanan mutakhir dan keputusan semalam meletakkannya di tangga keenam liga, kurang tujuh mata berbanding Manchester United di tangga ketiga.

Jaringan hanya dibuka hampir tamat separuh masa pertama iaitu pada minit ke-43, menerusi pemain sayap Codi Gakpo yang menyambut kemas hantaran pemain pertahanan Andy Robertson.

Jaringan kedua pula dijaringkan menerusi tandukan Darwin Nunez sebaik sahaja separuh masa kedua bermula.

Selepas itu, Gakpo dan Nunez masing-masing menjarikan satu lagi gol, dengan tiga gol lagi disumbangkan Mohamed Salah (dua gol) dan Roberto Firmino (satu gol).

Ia merupakan kemenangan terbesar Liverpool dengan Manchester United sejak 1895. Mk

Tak sangka ‘Men-U Rahmah’ ni mahal sikit – Dr Zulkifli

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker