Ceroboh rumah madu, rosakkan kenderaan sebab suami tak pulang

Ceroboh rumah madu, rosakkan kenderaan sebab suami tak pulang

KEMAMAN: Seorang wanita menyerang madunya selepas merosakkan kereta dan motosikal milik suaminya di Gong Pauh, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, suspek berusia 28 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana berang terhadap suaminya yang sudah dua hari tidak pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata sebelum kejadian, suspek dikatakan menceroboh masuk ke perkarangan kediaman pengadu dan dipercayai terus merosakkan motosikal dan kereta milik suami pengadu.

Katanya, berikutan itu berlaku pertengkaran mulut antara pengadu yang berusia 34 tahun dengan suspek sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

Beliau berkata, ketika kejadian pengadu bersama seorang anaknya berusia lapan tahun dan kesan pergelutan itu menyebabkan pengadu mengalami luka pada bahagian jari tangan kanan.

“Suspek turut bertindak memecahkan cermin hadapan dan belakang kereta milik suami pengadu. Malah, pengadu mendakwa, suspek juga merosakkan kereta jenis BMW miliknya.

“Suspek datang ke rumah pengadu bertujuan mencari suaminya kerana tidak pulang ke rumah selama dua hari.

“Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu, sama ada pengadu mengetahui bahawa suaminya sudah berkahwin dengan adik suspek,” katanya.

Hanyan berkata, suspek dipercayai masih belum disahkan bercerai dengan suaminya melalui Mahkamah Syariah.

“Suspek juga datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk membuat laporan tetapi polis kemudian, menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya. BH

Ceroboh rumah madu, rosakkan kenderaan sebab suami tak pulang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker