Pemberi maklumat bersyukur MB Kedah dikompaun

Pemberi maklumat bersyukur MB Kedah dikompaun

Pemberi maklumat yang mendedahkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melanggar prosedur operasi standard Covid-19 semasa ‘total lockdown’ meluahkan rasa syukur kerana undang-undang dapat ditegakkan.

Ini selepas polis mengumumkan telah mengeluarkan kompaun terhadap ahli parlimen PAS itu.

Nini Siron, 36, telah menerima kecaman daripada operator politik setelah dia merakam video Sanusi didakwa memandu uji di sebuah premis pengedar kenderaan Ford di Juru, Pulau Pinang ketika perintah kawalan pergeraakan (PKP) penuh itu.

“Saya semata-mata melakukan apa yang saya rasakan perlu sebagai rakyat biasa. Banyak pihak telah menuduh saya membuat fitnah.

“Mereka melabel saya sebagai RBA, menggelar saya sebagai anjing parti politik tertentu, mencela dengan kata-kata lucah dan jijik, mengaibkan saya, memaki hamun suami serta adik kakak saya.

“Sebagai orang besar, mereka lantang menyindir saya. Saya diserang secara peribadi juga. Hebat! Tidakkah mereka rasa berdosa atau adakah mereka terkecuali daripada dosa,” soalnya.

Nini juga menyoal sekiranya mereka yang bertanggungjawab akan memohon maaf kepadanya.

“Anda tahu anda siapa,” katanya.

Dia juga mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak polis kerana memberikan “keyakinan kepada rakyat bahawa undang-undang adalah harapan kami.”

Nini telah merakam video Muhammad Sanusi di Juru Auto City pada 5 Jun.

Selepas dia memuat naik video tersebut di media sosial, Nini mengatakan dia berhadapan gangguan.

Sanusi telah menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan berkenaan, berkata Nini sepatutnya meminta penjelasan daripadanya.

Sanusi berkata dia tidak secara peribadi memandu uji kerana kenderaan itu dipandu oleh jurujual. Mk

Pemberi maklumat bersyukur MB Kedah dikompaun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat video berkumpul makan durian di PPV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker