Wilayah benarkan jemaah solat kapasiti penuh

Wilayah benarkan jemaah solat kapasiti penuh

Kehadiran jemaah telah dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd. Ajib Ismail berkata kebenaran tersebut bagaimanapun bersyarat dengan penjarakan 1.5 meter bagi semua aktiviti solat Jumaat, solat fardu dan solat berjemaah yang lain.

“Semua masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan seperti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Tazkirah Sebelum Solat Jumaat, Tadarus Al-Quran, Kuliah Muslimat, Bacaan Yasin, Tahlil, Program Zikir Munajat dan Doa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan.

“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi. K Online

Wilayah benarkan jemaah solat kapasiti penuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker