Kahwin sepupu IQ anak akan jadi lembab hanya mitos

SEBELUM ini ada kajian mendedahkan, bayi hasil daripada perkahwinan sesama pertalian darah (consanguinity marriage) atau juga dikenali sebagai perkahwinan kesedarahan mampu meningkatkan lebih dua kali ganda risiko masalah kongenital.

Menurut kajian dilakukan dalam The Conversation, di United Kingdom, bayi hasil perkahwinan bersama sepupu atau anak saudara atau bapa saudara (bukan beragama Islam) dipercayai berdepan dengan masalah seperti kecacatan jantung, paru-paru, palet sumbing dan jari tambahan.

Selain beberapa risiko mendapat masalah kongenital, ada tanggapan sesetengah pihak, perkahwinan sesama pertalian darah ini boleh mengakibatkan bayi dilahirkan menjadi lembab atau kurang bijak darjah kecerdasan (IQ).

Namun, Pakar Genetik Molekul, Sel Stem dan Perkembangan Saraf, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Norshariza Nordin berpendapatan, tanggapan itu kurang tepat.

Katanya, tiada kaitan menonjol antara genetik dengan IQ seseorang melainkan keluarga terbabit mempunyai sejarah ahli keluarga menghidapi penyakit kelainan keturunan membabitkan kecacatan atau gangguan mental.

Ini disebabkan oleh penyakit resesif autosomal atau pautan kelamin X seperti sindrom Fragile X atau sindrom Martin-Bell, fenelketonuria (PKU) dan sebagainya.

“Kalau kita nak cakap perkahwinan antara sepupu ini boleh jadikan IQ anak lembab, jawapannya adalah ‘Ya’ dan ‘Tidak’.

“Ya, sekiranya dalam sebuah keluarga mempunyai risiko penyakit yang membabitkan IQ itu terjadi. Kalau penyakit itu memang sudah ada dalam keturunan atau keluarga, ia memang berisiko tinggi.

 

Perkahwinan sesama pertalian darah tidak semestinya menyebabkan IQ anak lembab. - Foto hiasan
Perkahwinan sesama pertalian darah tidak semestinya menyebabkan IQ anak lembab. – Foto hiasan

 

“Jika ini terjadi (penyakit gangguan otak yang membabitkan IQ dalam keluarga), gen rosak penyebab penyakit boleh diwarisi. Namun, keadaan ini jarang berlaku kerana biasanya penyakit berkaitan mental dan IQ adalah penyakit yang diwarisi daripada alel resesif autosomal atau pautan-X.

“Untuk penyakit ini terjadi, anak mesti mewarisi kedua-dua alel resesif (gen rosak) daripada ibu dan ayah.

“Jika penyakit adalah jenis dominan, jarang perkahwinan berlaku dalam golongan ini kerana manifestasi penyakit sudah kelihatan” katanya.

Kurangkan risiko penyakit genetik

Sekiranya keluarga tidak mempunyai sejarah kecacatan otak yang mengganggu IQ, kemungkinan besar risiko mendapat anak dengan IQ rendah dalam perkahwinan kesedarahan adalah rendah.

“Bagaimanapun, sekiranya tiada sebab yang mendesak perkahwinan kesedarahan ini, lebih baik dielakkan bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit genetik.

Tambah beliau, IQ lembab atau tidak sebenarnya bergantung kepada bagaimana cara ibu bapa membesarkan anak.

“Sekarang banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mental dan IQ anak-anak termasuk persekitaran dan cara hidup.

“Walaupun kita normal selain dalam kalangan ahli keluarga dan keturunan tidak mempunyai penyakit berkaitan IQ dan mental, bagaimana anak jadi pandai kalau tidak diberi cukup nutrien?

“Bagaimana, anak-anak dapat membesar dengan sempurna, otak ingin berkembang dan sel-sel berhubung?,” katanya.

Bagaimana dapatkan anak pintar

Dr Norshariza berkata, untuk mendapatkan bayi pintar dari usia awal, pelbagai faktor perlu dititikberatkan termasuk pemakanan ibu sebelum dan semasa hamil, didikan, kasih sayang dan tingkah laku dalam menjaga anak.

 

Dr Norshariza Nordin.
Dr Norshariza Nordin.

 

“Didikan ibu bapa sangat penting dalam membentuk anak supaya mereka (anak) mengalami kehidupan perkembangan yang bagus dalam pelbagai aspek.

“Dari segi pemakanan pula, ibu bapa perlu memberi makanan sihat dan bernutrien kerana ini akan mempengaruhi pertumbuhan anak-anak. Elak beri makanan segera,” katanya.

Membina pembangunan mental, IQ anak

Selain itu, zuriat perlu dijaga sejak mereka dalam kandungan lagi.

“Jika ibu tidak menjaga kandungan mereka seperti minum arak, merokok dan makan makanan tidak berkhasiat, ia boleh mempengaruhi mental dan IQ anak-anak.

“Ketika anak-anak membesar, cara kita bercakap dan stimulasi otak mereka amat penting melahirkan insan yang bijak.

“Melihat anak-anak dengan pandangan mata kita dengan penuh kasih sayang dan cara membina hubungan dengan mereka juga sangat membantu dalam pembangunan mental dan IQ.

“Emosi anak-anak juga perlu dijaga supaya tidak terlampau tertumpu gajet kerana ia mempunyai radiasi yang berisiko memberi kesan kepada kesihatan mereka,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker