Isteri Hafidz Roshdi luah perasaan

Isteri Hafidz Roshdi luah perasaan

Selepas memuat naik gambar wanita bernama Athira Yuhada di TikTok, isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik gambar kenangan bersama suaminya dengan luahan rasa yang menyentuh jiwa.

“Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya.



Beberapa jam selepas itu, Shuhada memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.

“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.

Terdahulu, Hafidz memuat naik hantaran gambar dengan keterangan mengenai kesalahan seorang manusia, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

“Setiap daripada kita manusia melakukan kesalahan. Tapi, ingat. Allah Maha Pengampun. Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat,” tulisnya.



Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.

Dalam gambar itu, Hafidz tampil bergaya dengan berkemeja putih serta berseluar hitam, mengangkat jari telunjuknya.

Tidak hanya itu, hantaran itu juga dikongsikan bersama dengan lagu latar Kalah Dalam Menang, nyanyian asal Mawi dan Syamsul Yusof. HM

Isteri Hafidz Roshdi luah perasaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker