‘Kera Hulu Langat, Pendang Beruk’ selesai dan berdamai
KUALA LUMPUR: Isu panggilan “beruk” melibatkan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) dalam pertikaman lidah dengan Awang Hashim (PN-Pendang) pada pada sidang Dewan Rakyat 19 Dis lalu selesai.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan perkara itu di Parlimen selepas Sany dan Awang bersemuka dan berdamai di pejabatnya semalam.
“Berkaitan isu dibangkit YB Pendang semalam, saya jumpa di kamar saya YB Pendang dan YB Hulu Langat dan ia diselesai dengan baik antara mereka berdua.
“Saya ucap terima kasih, ini contoh YB ada integriti dalam dewan ini,” katanya di Parlimen.
Perkara itu turut disahkan Awang ketika dihubungi FMT, sambil memaklumkan kes dianggap selesai.
Semalam, Awang meminta Johari membuat keputusan berhubung isu antaranya dengan Sany yang tercetus pada sidang Parlimen lalu.
Pasa 19 Dis lalu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Sany didakwa mengeluarkan perkataan biadap itu.
Ia tercetus apabila Sany berang selepas mendengar Awang mengungkapkan, “Kami tidak jadi kera lah, Hulu Langat.”
Sany yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu bangun dan menggelarkan Awang sebagai “Pendang beruk”.
“Eh…hang Pendang (Awang) apa? Beruk?… Hang beruk, Pendang beruk. Dia sebut dulu (kera). Hey, dia sebut dulu kera. Ini satu lagi perangai tak elok,” kata Sany pada sesi perbahasan undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Awang kemudian menjelaskan perkataan kera bukan dituju kepada Sany, sebaliknya ia difahami secara salah dan meminta wakil rakyat itu menarik balik tuduhan “beruk” dan memohon maaf.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bekas peninju negara dipenjara 5 tahun kerana terlibat dalam kumpulan jenayah AYT 99
- Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
- Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar
- Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar
- Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia
- SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’
- Axia baharu harga bermula RM38,600
- Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP
- Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz
- Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN
- Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis
- Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair
- Suspek amang seksual kerat zakar sendiri guna sabit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]
Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang
Geng Motor Pancung Leher Orang