Tony Pua keruhkan hubungan Kerajaan Perpaduan

Tony Pua keruhkan hubungan Kerajaan Perpaduan

KLUANG: Tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee mempertikaikan keputusan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak dibimbangi akan mengeruhkan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, malah pihak tidak bertanggungjawab dilhat akan mengambil kesempatan dengan keadaan tersebut sekali gus berpotensi menyebabkan ketidakstabilan politik.

“Sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan, Tony Pua sepatutnya jangan cuba ‘menggeletek’ serta bersuara nakal sesama rakan yang cuba memperkukuhkan kerajaan.

“Dibimbangi tindakan beliau ini nanti akan mengeruhkan ikatan dalam kerajaan yang boleh diambil kesempatan oleh pihak lawan selain mampu mempengaruhi keamanan negara,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini pada Selasa.

Tony Pua memuat naik hantaran dalam Facebook miliknya yang menyindir keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Malah beliau telah meneruskan sindirannya dalam hantaran lain dengan secara sinis mengakui telah ‘bertaubat’ atas ketelanjuran yang dilakukan susulan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu membuat laporan polis susulan dakwaannya mengeluarkan kenyataan biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sharifah Azizah berkata, Tony Pua tidak sewajarnya mempertikaikan urusan mahkamah apatah lagi keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dipengerusi Yang Di Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustafa Billah Shah.

Katanya, tindakan bekas wakil Rakyat DAP itu memuat naik kenyataan dalam Facebook miliknya dengan Catan “Can someone send me to jail and in exchange, pay me RM50mil? Pretty please?” jelas menggambarkannya mempertikaikan keputusan diputuskan Lembaga Pengampunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota itu berkata, pertikaian tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap keputusan berkenaan yang sudah diputuskan pada 29 Januari lalu.

Jelas beliau, ini sudah termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan dan adalah mutlak serta tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.
“Tindakan Tony Pua juga jelas melakukan perlanggaran undang-undang, adab dan tatasusila serta telah menyentuh isu 3R (kaum, agama dan insitusi diraja),” ujarnya.

Justeru katanya, Wanita UMNO Bahagian Kluang mendesak agar tindakan segera diambil ke atas Tony Pua mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Sinar

Tony Pua keruhkan hubungan Kerajaan Perpaduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker