Terus kompaun RM1,000 jika rentas negeri


Individu yang melanggar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini akan terus dikompaun RM1,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pada PKP sebelum ini, pihaknya meminta individu berkaitan berpatah balik jika tiada alasan kukuh dan kebenaran polis untuk rentas negeri.

“Namun kali ini, kami akan terus mengenakan kompaun terhadap individu terbabit,” katanya dihubungi hari ini.

Berkaitan jumlah sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan polis dan jumlah keanggotaan penugasan SJR, Azisman berkata, ketua polis daerah dan negeri mempunyai maklumat lengkap berkaitannya.



“Sumber manusia (kekuatan anggota membabitkan SJR) bagi tugasan ini membabitkan tanggungjawab ketua polis daerah dan negeri masing-masing,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam negeri selama 14 hari bermula hari ini bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Negeri yang terbabit dengan PKP adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan pula dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) selain PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak untuk tempoh sama.



Sebelum ini, PKP dikuatkuasakan dalam empat fasa selama 47 hari bermula 18 Mac 2020 sehingga 3 Mei 2020. HM

‘KKM dipaksa keluar kenyataan separuh benar isu kompaun Khairuddin?’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker