Sekolah Tetap Dibuka 21 Mac Ini – KPM

Sekolah Tetap Dibuka 21 Mac Ini – KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi semua sekolah di seluruh negara akan bermula 21 Mac ini.

Bagaimanapun, masih ada murid yang perlu hadir ke sekolah secara bersemuka, penggiliran dan mengikuti proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).



Radzi

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagi sekolah rendah dengan murid melebihi 600 orang, murid yang hadir ke sekolah tanpa penggiliran adalah murid berkeperluan khas (MBK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 dan semua murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Beliau berkata, murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula akan hadir secara penggiliran dan ketetapan sama turut terpakai bagi sekolah swasta, sekolah ekspatriat serta sekolah antarabangsa.

“Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

“Sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa dengan jumlah murid melebihi 600 boleh mengemukakan permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya,” katanya menerusi rakaman video di laman Facebook, hari ini. -KO

Sekolah Tetap Dibuka 21 Mac Ini – KPM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker