Krisis Rusia-Ukraine: Zelensky kecam NATO tolak zon larangan terbang Ukraine

Krisis Rusia-Ukraine: Zelensky kecam NATO tolak zon larangan terbang Ukraine

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengecam tindakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menolak zon larangan terbang ke atas negaranya sambil mengatakan pakatan tentera Barat itu mengetahui kemungkinan pencerobohan Russia yang seterusnya.

Pada Jumaat, NATO menolak permintaan Ukraine untuk mengenakan zon larangan terbang bagi menghentikan pengeboman Russia, namun sekutu Barat ada memberi amaran kepada Presiden Vladimir Putin akan mengenai sekatan baharu jika beliau tidak menghentikan perang.



“Mengetahui bahawa serangan dan kehilangan nyawa baharu tidak dapat dielakkan, NATO sengaja memutuskan untuk tidak menutup ruang udara Ukraine.

“Kami percaya bahawa negara-negara NATO sendiri mencipta naratif bahawa penutupan ruang udara Ukraine akan mencetuskan pencerobohan langsung Russia terhadap NATO,” kata Zelensky menerusi video diterbitkan pejabat presiden.

“Satu-satunya cara untuk melaksanakan zon larangan terbang ialah menghantar pesawat pejuang NATO ke ruang udara Ukraine dan kemudian mengenakan zon larangan terbang itu dengan menembak jatuh pesawat Russia,” katanya selepas mesyuarat tergempar itu.

“Ini kerana jika kita berbuat demikian, kita hanya akan mengakhirinya dengan sepenuhnya perang di Eropah dan membabitkan lebih banyak negara serta menyebabkan lebih banyak penderitaan manusia,” katanya.



Bagaimanapun Zelensky bertegas, perhimpunan NATO itu adalah ‘sidang kemuncak yang lemah serta mengelirukan’.

“Semua orang akan mati mulai hari ini dan kematian itu disebabkan anda. Ia adalah kerana kelemahan anda, kerana memutuskan pertalian.

“Hari ini kepemimpinan perikatan memberi lampu hijau untuk pengeboman selanjutnya ke atas bandar dan kampung Ukraine dan enggan membuat zon larangan terbang,” katanya. – AFP

Krisis Rusia-Ukraine: Zelensky kecam NATO tolak zon larangan terbang Ukraine



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker