Pemimpin perlu dengar pandangan termasuk ‘orang kiri’ mereka

Bekas ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, Khairuddin Aman Razali seseorang pemimpin perlu mendengar pandangan daripada semua pihak termasuk “orang kiri” mereka.

Katanya sesuatu keputusan itu perlu mengambil kira pandangan daripada kedua-dua pihak, sama ada yang ada di sisi kanan atau kiri seseorang pemimpin.

Dia yang pernah dilantik sebagai anggota kabinet Muhyiddin Yassin sebelum digugurkan Ismail Sabri Yaakob menambah jika pemimpin membuat keputusan berdasarkan pandangan yang menyenangkan mereka saja, kesannya sangat besar.



“Orang kanan dan kiri pemimpin sangat penting. Dalam hadis (ia) disebut sebagai bitonah.

“Ada bitonah yang baik dan ada yang tidak. Laporan mereka selalunya menentukan keputusan yang diambil oleh pemimpin,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Walaupun tiada sebarang nama dirujuk secara khusus, ia muncul selepas PAS menyatakan hubungan mereka dengan Umno semakin regang – tidak dianggap mati namun ia kelihatan ‘tidak hidup’ – dan disahkan oleh timbalan presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin.

Tuan Ibrahim juga mengesahkan jawatankuasa bersama kedua-dua parti yang membentuk Muafakat Nasional (MN) sudah tidak lagi bertemu seperti sepatutnya sejak beberapa bulan lalu.



Menyusul selepas kenyataan itu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata, mereka tidak wajar bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Justeru katanya biarlah MN diletakkan dalam satu lipatan dan tidak perlu dibuka lagi.

Walaupun tidak dizahirkan dengan jelas, Khairuddin dianggap seorang daripada segelintir pemimpin kanan PAS yang cenderung mahu mengekalkan hubungan baik parti itu dengan Umno.

Pada masa sama pemimpin tertinggi PAS pula berkali-kali membayangkan mereka lebih selesa bersama Bersatu dan menganggap Umno sebagai “tidak bermoral” dan mengandaikannya sebagai “itik patah kaki”.



Khairuddin berkata apabila seseorang pemimpin akan berdepan kesulitan untuk membetulkan keadaan jika mereka sudah terlanjut membuat keputusan berdasarkan input yang tidak tepat.

“Apabila tindakan telah dibuat berdasarkan maklumat kurang tepat lalu berakhir dengan keputusan kurang memberangsangkan, agak sukar pula bagi pemimpin untuk undur membetulkan strategi kerana orang kanan dan kiri akan datangkan pula pelbagai alasan untuk menutup kekeliruan maklumat awal yang diberikan,” katanya.

Pemimpin perlu dengar pandangan termasuk ‘orang kiri’ mereka


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker