Feri kurang, tiket penerbangan mahal jangka jejas kemeriahan LIMA ’23

Feri kurang, tiket penerbangan mahal jangka jejas kemeriahan LIMA ’23

LANGKAWI: Kekurangan trip perjalanan feri dan tambang kapal terbang yang tinggi dibimbangi bakal menjejaskan kemeriahan Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang dijadual berlangsung pada Mei ini.

Perkara itu disuarakan kumpulan Penggiat Industri 13 (PI13) yang menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah yang dihadapi majoriti operator pelancongan di Langkawi ketika ini.

Jurucakap kumpulan, Datuk Norazly Rosly, berkata gesaan itu turut bertujuan memastikan industri pelancongan tempatan mendapat faedah dari penganjuran pameran berprestij itu.

“Sebagai contoh, syarikat feri telah menetapkan lima trip perjalanan sehari, tetapi pada hari tertentu hanya tiga trip sahaja beroperasi dengan alasan trip lain terpaksa dicatu akibat air cetek.

“Paling membimbangkan, sehingga hari ini tempahan tiket feri untuk Mac dan sepanjang LIMA ’23 masih belum dibuka,” katanya pada sidang media di LACC Kafe di Kuah di sini, hari ini.

Norazly berkata, susulan isu itu orang ramai yang berhasrat menyaksikan pameran tersohor itu kini dalam dilema untuk membuat tempahan penginapan dan urusan logistik lain termasuk kereta sewa.

Malah, katanya, isu berlarutan itu turut menjadi punca kemerosotan kemasukan pelancong ke pulau ini pada Januari lalu dengan mencatat 225,000 orang, iaitu berkurang 15,000 orang berbanding sasaran awal.

“Malah, keperitan lebih terasa apabila ada syarikat penerbangan kini mengambil kesempatan menaikkan tambang kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga RM300 sehala.

“Isu terbabit jika dibiarkan berterusan pasti membantutkan kemasukan kakitangan syarikat pempamer dari luar negara dan orang ramai yang mahu menyaksikan pameran LIMA ’23 kelak,” katanya.

Untuk rekod, LIMA 2019 mencatatkan 42,030 delegasi perdagangan dari 63 negara membabitkan 406 pempamer terdiri daripada syarikat tempatan dan antarabangsa.

Pameran sama turut berjaya mencatatkan rekod 240,000 pelawat untuk tempoh lima hari pameran berlangsung. BH

Feri kurang, tiket penerbangan mahal jangka jejas kemeriahan LIMA ’23

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker