AirAsia mahu beroperasi dari Lapangan Terbang Subang

AirAsia mahu beroperasi dari Lapangan Terbang Subang

Capital A Berhad, syarikat induk AirAsia berminat untuk membuka operasi penerbangan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) sebaik sahaja pembangunan semula lapangan terbang itu siap dilaksanakan sepenuhnya nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata Subang adalah lapangan terbang yang sentiasa dekat di hatinya dan beliau sering mengatakan bahawa adalah satu pembaziran aset jika LTAS tidak dibuka sepenuhnya.



Katanya, bandar besar seperti Kuala Lumpur seharusnya mempunyai dua lapangan terbang dan dikenakan harga yang berbeza.

“(Sebagai contoh) Lapangan Terbang Bandar London adalah lebih mahal berbanding Lapangan Terbang Heathrow untuk terbang dari dan ke mana-mana destinasi.

“Ia (pembangunan semula LTAS) adalah langkah yang amat berani dan keputusan yang tepat untuk industri penerbangan di Malaysia.

“Kami tidak bercadang untuk memindahkan sebahagian operasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), tetapi akan membuka operasi baharu di sini kerana mahu menyasarkan pasaran berbeza di LTAS,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan ‘Ask Bo’, pusat perkhidmatan pelanggan baharu yang akan menggantikan bot sembang pertamanya iaitu AirAsia Virtual Allstar (AVA) yang turut ditamatkan perkhidmatannya.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam.

Mengulas lanjut, Tony berkata, LTAS sesuatu yang emosional buat dirinya kerana beliau berjuang selama 21 tahun untuk memastikan lapangan terbang itu terus dibuka.

“Saya secara peribadi mahu memuji tindakan kerajaan kerana ia adalah langkah yang amat baik. Selama 21 tahun saya sering mengatakan bahawa LTAS seharusnya dibuka dan anda boleh diberi jaminan 100 peratus yang kami (AirAsia) akan berada di sana (LTAS).



“Di sinilah kami bermula 21 tahun lalu, dan saya berfikiran yang setiap bandar besar seharusnya mempunyai lapangan terbang bandar,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini meluluskan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) yang bakal melonjakkan status lapangan terbang itu menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan perniagaan pilihan di Asia Pasifik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kelulusan itu diputuskan Kabinet pada Khamis lalu, selepas beliau membentangkan pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) yang dibangunkan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Katanya, SARP dijangka mengubah status LTSAAS menjadi hab penerbangan serantau dan meningkatkan kapasiti semasa lapangan terbang itu kepada lapan juta penumpang setahun, sekali gus menjadi pelengkap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



“Pembangunan LTSAAS ini akan memberi fokus pada pembangunan ekosistem aeroangkasa, penerbangan am dan penerbangan perniagaan (GA/BA) dan lapangan terbang bandar atau sekunder.

“Ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS membabitkan tujuh komponen iaitu pusat industri aeroangkasa, pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pusat penyelidikan dan pembangunan, operasi GA, operasi BA, mobiliti udara bandar (UAM) dan operasi penerbangan komersial serantau.

“Cadangan ini turut membabitkan pengenalan semula penerbangan berjadual serantau menggunakan pesawat jet atau pesawat satu lorong sehingga A320/B737 atau yang seumpamanya dan kargo menggunakan pesawat jet di LTSAAS.

“Sasaran pasaran adalah kumpulan penumpang perniagaan atau kelas premium dengan memanfaatkan penuh kedudukan LTSAAS yang cukup strategik di tengah-tengah ibu kota,” kata Loke pada sidang media, Isnin lalu. BH



AirAsia mahu beroperasi dari Lapangan Terbang Subang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya



Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker