6 polis akan didakwa berkait kes pembunuhan di Tawau


6 polis akan didakwa berkait kes pembunuhan di Tawau

Tujuh termasuk enam anggota polis akan didakwa di Mahkamah Majistret Tawau petang ini bagi pertuduhan kes pembunuhan seorang pemandu e-panggilan di Tawau, 13 Jan lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah, berkata polis melengkapkan siasatan kes itu dan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara semalam.

“Semua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama kerana bersubahat.



“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seramai lapan anggota polis dan tiga orang awam ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 31 Jan lalu Idris ketika memberitahu perkembangan semasa kes itu dilapor berkata ia bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Sehari sebelumnya, seorang penganggur Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, antara 7.30 dan 9 malam, 13 Jan lalu. FMT



6 polis akan didakwa berkait kes pembunuhan di Tawau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya



Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker