Dr Masliha tawar diri tanding jawatan Ketua Puteri UMNO

Dr Masliha tawar diri tanding jawatan Ketua Puteri UMNO

Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, Dr Masliha Harun mengumumkan akan bertanding jawatan ketua sayap berkenaan yang kini diterajui Datuk Zahida Zarikh Khan.

Perkembangan itu menyaksikan sekurang-kurangnya tiga calon sudah menyatakan hasrat secara terbuka bagi merebut jawatan berkenaan selepas EXCO Puteri UMNO, Fadhwa Anuar dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan yang juga Ketua Puteri UMNO Seputeh.



Dalam satu kenyataan, Dr Masliha yang juga EXCO Puteri UMNO, memaklumkan jika diberi kepercayaan mengetuai sayap berkenaan, beliau akan menggerakkan visi ‘REVU’, merujuk usaha peremajaan (rejuvenation), pemerkasaan (empowerment), suara (voice) dan perpaduan (unity).

“REVU akan menjadi visi saya kepada Puteri UMNO sekiranya terpilih sebagai ketua yang baharu. Ia bermaksud peremajaan, pemerkasaan, suara dan perpaduan yang berupaya membawa inspirasi dan kekuatan kepada Puteri UMNO serta parti sendiri.

“Politik sekarang ini dinamik. Dulu politik khidmat bakti, sekarang politik baharu. Kita perlu melaksanakan rejuvenasi Puteri dengan menarik penyertaan anak muda kepada UMNO secara lebih agresif.

“Saya juga mahu tambahkan keahlian Puteri dengan melibatkan semua kumpulan, iaitu mahasiswa, profesional dan wanita muda berumur 18 tahun.



“Visi saya bukan sekadar memperkasakan Puteri, tetapi berani membawa suara anak muda dengan imej lebih yakin dengan memperjuangkan ekonomi, pendidikan dan kepimpinan kumpulan ini,” katanya.

Dr Masliha menegaskan, beliau mahu menjadikan sayap itu sebagai ‘pusat sehenti’ atau suara rujukan belia untuk generasi wanita muda menyuarakan masalah dan pandangan.

Katanya, banyak isu yang boleh diperjuangkan Puteri seperti ibu tunggal yang diabaikan dan tiada pendapatan, selain isu pencabulan dan penderaan kanak-kanak.

“Saya juga mahu wujudkan perpaduan dalam parti untuk UMNO bangkit semula, tidak boleh dilihat berpecah dan berpuak. Maka saya mahu satukan hati setiap ahli supaya mencintai parti, perlu hormat organisasi. Kita tidak perlu taksub pemimpin, tetapi taksub kepada parti dan apsirasi yang dibawa.



“Kalau setiap ahli tahu aspirasi dan agenda parti dengan jelas, mereka lebih fokus untuk bersama UMNO. Adalah penting untuk memupuk semangat jati diri dalam kalangan ahli,” katanya yang juga Pengerusi Bertindak Undi 18 Puteri UMNO.

Katanya, beliau telah menyiapkan pelan induk bagi menarik kumpulan sasaran kepada parti dan akan memastikan perancangan itu dijayakan sepenuhnya.

“Bukan mudah untuk mengetuai sayap parti dalam keadaan UMNO tewas, namun ia adalah cabaran yang perlu dipikul untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat. Pengalaman sebagai ahli Puteri sejak 2002 adalah perisai saya untuk memegang jawatan ini.

“Saya tahu kita perlu ukur baju di badan sendiri, tetapi kita Puteri lahir di zaman sebagai pembangkang. Di kala kita tak jadi kerajaan dan kalah terduduk, orang telah lari tinggalkan perjuangan, melompat sertai parti lain, tapi saya masih kekal.



“Saya nampak Allah beri kita satu peluang baharu. Sekarang kita kalah lagi (Pilihan Raya Umum Ke-15), (namun) bukan nak dabik dada, (masih) jadi kerajaan. Itu adalah peluang yang dibuka untuk memulihkan parti sedikit demi sedikit,” katanya lagi.

Dr Masliha mengakui tempoh yang panjang amat diperlukan untuk menarik semula kepercayaan rakyat kepada UMNO, sekali gus memulihkan parti keramat orang Melayu itu yang diyakini boleh kembali kepada keadaan sebelumini jika kerajaan terus stabil dan harmoni dengan ekonomi makin meningkat.

“UMNO tetap kekal dengan agenda dan aspirasi memperjuangkan bangsa, agama dan negara yang akan sentiasa dihargai oleh rakyat,” katanya. BH

Dr Masliha tawar diri tanding jawatan Ketua Puteri UMNO



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya



Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker