Pemenjaraan tak sah, lelaki dianugerah RM240,000
Pemenjaraan tak sah, lelaki dianugerah RM240,000
Mahkamah Tinggi Ipoh menganugerahkan seorang lelaki RM240,000 sebagai ganti rugi selama 106 hari selepas penahanan dan pemenjaraannya atas dakwaan mengedar dadah didapati menyalahi undang-undang.
Hakim Bhupindar Singh berkata, Iekmal Hisham Harun membuktikan kesnya terhadap kerajaan berdasarkan imbangan kebarangkalian, dengan bekas inspektor polis Siti Nor Fauziah Setapa bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
Jumlah itu termasuk RM30,000 sebagai ganti rugi teladan. Iekmal turut dianugerahkan RM25,000 sebagai kos.
Walaupun dinamakan sebagai defendan pertama, Siti, yang disabitkan kesalahan memalsukan dokumen dan kemudian dipecat daripada pasukan pada 14 April 2020, tidak membantah saman itu.
Iekmal turut menamakan ketua polis Perak, ketua polis negara dan kerajaan sebagai defendan.
Menurut penghakiman yang dikeluarkan minggu lalu, Iekmal ditahan pada 9 Nov 2016 kerana memiliki 36.5g heroin.
Siti yang kemudian bertugas di IPD di Manjung, Perak, ditugaskan sebagai pegawai penyiasat kes berkenaan.
Iekmal direman dan kemudian didakwa mengedar dadah. Memandangkan ia merupakan kesalahan tidak boleh diikat jamin, dia ditahan di penjara Tapah.
Pada 23 Feb 2017, Timbalan Pendakwa Raya How May Ling membuat laporan polis mendakwa tandatangannya dipalsukan dalam kertas siasatan, yang juga mengandungi maklumat palsu.
Pada 7 Mac 2017, Iekmal didakwa atas tiga pertuduhan memiliki dadah. Dia dibebaskan dari penjara pada 12 Dis 2017.
Dalam pernyataan tuntutannya, Iekmal meminta ganti rugi bagi pemenjaraan yang didakwanya menyalahi undang-undang antara 21 Nov 2016 dan 7 Mac 2017.
Beliau juga berkata, Siti menjalankan tugas awamnya secara salah dan dia menanggung penderitaan akibat tindakan itu.
Bhupindar berkata, kerajaan tidak mencabar pemalsuan tandatangan How dan dua lagi pegawai polis oleh Siti.
“Perbuatan itu juga dilakukan oleh Siti ketika menjalankan tugas rasminya. Saya tidak boleh menerima hujah tindakan itu di luar skop tugasnya,” katanya dalam penghakiman setebal 40 muka surat.
Oleh itu, hakim berkata, defendan lain harus bertanggungjawab atas perbuatan dan kelakuannya.
Bhupindar berkata, Iekmal perlu diberi pampasan atas kehilangan kebebasannya. Bagaimanapun, beliau menolak tuntutan ganti rugi RM3 juta atas alasan plaintif tidak sepatutnya meraih keuntungan.
Iekmal dianugerahkan RM2,000 sehari untuk 106 hari penahanan yang menyalahi undang-undang.
Bhupindar berkata, beliau menganugerahkan RM30,000 sebagai ganti rugi teladan kerana Siti gagal menegakkan kedaulatan undang-undang. FMT
Pemenjaraan tak sah, lelaki dianugerah RM240,000
Baca Artikel Menarik:
- Pulangan KWSP mungkin rendah
- ‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’
- Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua
- Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis
- Polis minta bantuan orang ramai kesan patung Shrek
- Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan
- Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’
- Fizo Omar jawab Mawar
- Anwar terperanjat dihidang nasi Arab dalam dulang besar – Hassan
- Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal
- Dakwaan sokongan kepada Shahrizat hanya sekadar pecah belah Wanita UMNO
- Ismail Sabri ‘berbunyi’ lagi, pecat KJ adalah isyarat salah pada anak muda
- Lelaki transgender tunjuk zakar depan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan
You must be logged in to post a comment.