Kekasih mengaku adik-beradik bila kena tangkap basah

Kekasih mengaku adik-beradik bila kena tangkap basah

Sepasang kekasih yang dicekup dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Klebang, Melaka pada Ahad lalu berkeras mengatakan yang mereka adalah adik-beradik bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

Artikel Berkaitan: Pegang Payudara Gadis Bawah Umur, Lelaki Miliki Empat Rekod Jenayah Dicekup Polis



Ambil masa 10 minit untuk buka pintu

Individu yang masing-masing berusia 29 tahun dan 28 tahun itu merupakan antara 10 pasangan yang dicekup oleh pihak pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Datuk Che Sukri Che Mat selaku pengarah JAIM berkata, pasangan tersebut mengambil masa selama 10 minit untuk membuka pintu bilik semasa serbuan dilakukan sebelum membenarkan beberapa pegawai untuk melakukan pemeriksaan.

Mereka berkali-kali memberitahu bahawa mereka berdua meruoakan adik-beradik sehingga keadaan menjadi tegang tetapi gagal untuk mengemukakan dokumen yang sah.



Mahu berehat di hotel

Ekoran daripada itu, kedua-duanya akhirnya mengaku bahawa mereka merupakan pasangan kekasih selepas disoal siasat kira-kira dalam lima minit dengan memberi alasan tujuan bermalam di hotel kerana ingin berehat.

Serbuan yang dibuat di sekitar kawasan Simpang Ampat dan Rembia bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi itu berjaya menahan sembilan pasangan yang lain.

Mereka semua berjaya ditangkap selepas pihak JAIM menerima maklumat daripada orang awam dan juga ahli Rakan Setiaku JAIM (RASIM) yang membantu JAIM untuk mencegah kegiatan tidak bermoral serta maksiat.



Seramai 20 orang individu dibawa ke pejabat JAIM untuk menjalani siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Sumber: Kosmo

Kekasih mengaku adik-beradik bila kena tangkap basah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran



Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker