Penyandang beri laluan Onn Hafiz tanding ketua Umno Simpang Renggam

 

KLUANG: Jawatan ketua Umno Simpang Renggam tidak dipertahan Zakaria Dullah bagi membuka laluan kepada Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, bertanding pada pemilihan parti.

Onn Hafiz yang juga naib ketua bahagian itu, berkata Zakaria sebaliknya menawarkan diri bertanding ahli Majlis Kerja Tertinggi dan timbalan ketua kawasan tersebut.

Beliau berkata, ini merupakan langkah dipersetujui bersama, demi perpaduan dan keharmonian Umno bahagian.

“Saya dan Datuk Zakaria Dullah bersetuju untuk berkompromi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk jawatan kepimpinan Umno Bahagian.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Datuk Zakaria Dullah atas semangat perjuangan dan keikhlasan beliau,” kata Adun Machap itu dalam hantaran di Facebook rasminya.

Onn Hafiz, 44, menawarkan diri bertanding jawatan disandang Zakaria sejak 2018 itu dan telah menyatakan tidak akan bertanding jawatan di peringkat pusat untuk terus memberi fokus khidmat bakti di negeri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker