Wan Saiful hina PTPTN selepas tidak lagi bergelar pengerusi

PETALING JAYA: Tuduhan yang dilemparkan Datuk Wan Saiful Wan Jan terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam disifatkan sebagai satu penghinaan buat institusi itu dan petugasnya.

Bekas Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Tan Sri Johan Jaafar berkata, Wan Saiful angkuh tidak bertempat sedangkan sumbangannya sepanjang empat tahun menerajui institusi itu hanya ibarat gendang kosong yang dipalu.

Katanya, bekas Pengerusi PTPTN itu bukan sahaja tidak memahami budaya kerja, malah lebih buruk lagi apabila tidak menghargai sumbangan lembaga pengarah terdahulu.



“Beliau terlupa prestasi paling cemerlang institusi ini adalah pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi Pengerusi.

“Saya juga kesal dengan kenyataan kononnya institusi ini dipolitikkan oleh individu tertentu sedangkan beliau sendiri menggunakan PTPTN sebagai wahana atau alat mempromosikan diri dan agenda politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Wan Saiful mengesahkan kontraknya sebagai Pengerusi PTPTN berakhir pada 17 Jun selepas dilantik sejak 2018.

Johan berkata, PTPTN mencatatkan jumlah pungutan hutang tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada 2017 apabila institusi itu berjaya memungut sejumlah RM3.8 bilion.



Sementara itu, beliau berbangga berkhidmat dengan ahli lembaga pengarah PTPTN terdahulu termasuk bekas Pengerusi, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, walaupun Shamsul Anuar merupakan lantikan politik, tetapi pemimpin itu menunjukkan profesionalisme tinggi dan komitmen yang luar biasa.

“Salah satu tindakan dilakukan oleh menteri bertanggungjawab pada ketika itu adalah menamatkan perkhidmatan sebahagian besar ahli lembaga pengarah dan walaupun saya dikekalkan tetapi saya meletak jawatan setelah hanya sekali menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Wan Saiful,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker