Anak Anwar jadi mangsa buli jalan raya (Video)

Anak Anwar jadi mangsa buli jalan raya (Video)

Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham, mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya, hari ini.

Melalui satu perkongsian di Twitter, anak keempat Anwar itu berkata, perbuatan itu dilakukan seorang wanita yang memandu kereta jenis Proton Iriz.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit asyik menekan brek di lorong laju dan menyatakan tindakan pemandu terbabit amat berbahaya apatah lagi ketika itu anaknya berusia dua tahun turut bersamanya.



Nurul Ilham turut memuat naik satu rakaman video kejadian itu di Twitter. Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, pemandu Proton Iriz berwarna hijau itu kelihatan beberapa kali menekan brek di lorong laju.

“Saya biasanya tidak berkongsi perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini asyik tekan brek di lorong laju.

“Sangat bahaya dan saya mempunyai anak berusia dua tahun bersama saya. Berada di sana selama seminit sebelum pemandu wanita itu menukar ke lorong lain,” katanya.

Nurul Ilham berkata, beliau melihat kenderaan wanita itu berhampiran sebuah plaza tol, namun tidak dinyatakan lokasinya secara tepat.



Beliau berkata, ketika di lokasi kejadian, wanita itu menyembunyikan hon ke arahnya untuk menuju ke lorong Touch N Go.

“Saya sudah memberi isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat dia (mahu) pergi ke kanan (ke arah lorong Smart Tag). Mungkin dia marah mengenai perkara itu,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna Twitter dan ada antara mereka menggesa Nurul Ilham supaya membuat laporan polis. BH

Anak Anwar jadi mangsa buli jalan raya (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker