MP PH buat laporan polis terhadap Fawwaz

MP PH buat laporan polis terhadap Fawwaz

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.

Laporan itu merujuk kenyataan Fawwaz bahawa dalam sirah tiada orang bukan Islam yang memartabatkan agama Islam, yang telah mengundang perhatian pelbagai pihak.

Syerleena berkata kenyataan yang dibuat Fawwaz boleh mengganggu ketenteraman awam, dan malah boleh mencetuskan permusuhan antara kaum.



“Kenyataan tersebut, meski dengan tergesa-gesa telah dipadam dan kononnya ditulis oleh pentadbir media sosialnya, sangat berpotensi membawa bahaya terhadap perpaduan negara berbilang kaum ini.

“Fawwaz telah mempersenjatakan media sosial miliknya untuk meniup bara kebencian dalam kalangan penyokongnya, demi kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, dia menggesa agar polis menjalankan siasatan dan berharap laporan itu akan menyedarkan Fawwaz berhubung kenyataan tersebut.

Terdahulu, kenyataan yang dimuat naik di halaman Facebook Fawwaz berbunyi “… Dalam sirah belum pernah ada sejarah kafir ada keinginan untuk memartabatkan agamamu wahai Muslim, tetapi menjatuhkan agamamu selalu diingatkan dalam al-Quran.”



Namun tidak lama kemudian dia memohon maaf dan berkata kenyataan berkenan ditulis dan dimuat naik oleh pengendali halaman Facebooknya.

Dia juga berharap isu berkenaan tidak diperbesarkan lagi kerana kenyataan itu sudah diturunkan.

Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan tulisan PAbdul Hadi Awang dalam buku Fiqh al-Harakah dan turut disanggah pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin dengan dengan memetik beberapa contoh bantuan orang kafir terhadap Nabi Muhammad SAW bagi dakwah Islam, seperti dinyatakan dalam tulisan presiden PAS itu.

Ini termasuklah tindakan Abu Talib mempertahankan Nabi Muhammad SAW yang dihalang oleh Quraisy dari berdakwah, bantuan dari raja Habsyah yang ketika itu tidak beragama Islam kepada kepada Nabi Muhammad SAW dan tindakan seorang kafir bernama Mat’am bin ‘Adi memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad SAW untuk pulang dari Taif dan masuk ke Mekah. Mk



MP PH buat laporan polis terhadap Fawwaz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker