Mahkamah Tinggi tolak saman 4 ADUN terhadap DUN, Speaker

Mahkamah Tinggi tolak saman 4 ADUN terhadap DUN, Speaker

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak saman empat ADUN terhadap DUN Pulau Pinang dan speaker berhubung usul bagi mengosongkan kerusi mereka.

Suruhanjaya Kehakiman Azizan Arshad berkata, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun lalu bahawa enakmen anti-lompat parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.

Azizan juga memutuskan tiada kuasa untuk membatalkan usul oleh defenden terhadap plaintif Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).



“Ini terletak di bawah bidang kuasa DUN,” katanya.

Beliau juga berkata, mahkamah tidak boleh memberikan injunksi terhadap defendan untuk menghalang mereka daripada membincangkan usul meminta plaintif mengosongkan kerusi mereka semasa persidangan DUN.

“Mahkamah tidak boleh menghalang defendan (DUN dan Speaker dewan) daripada menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka di bawah perlembagaan negeri,” katanya.

Katanya, mahkamah tidak boleh campur tangan dan tidak mempunyai kuasa ke atas pengurusan dalaman DUN.



Keempat-empat ADUN tersebut memfailkan writ saman pada 2020 terhadap DUN Pulau Pinang dan Speaker Law Choo Kiang bagi mencabar usul dibentang pada Okt 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.

Peguam Chetan Jethwani mewakili semua ADUN berkenaan manakala A Surendra Ananth mewakili DUN dan speaker Dewan. FMT

Mahkamah Tinggi tolak saman 4 ADUN terhadap DUN, Speaker

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker