Azam Baki nafi SPRM hubungi Wan Saiful

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan bahawa dia telah dihubungi pegawainya sebaik sahaja membangkitkan dakwaan ditawarkan habuan untuk menukar sokongannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menjadi tugas suruhanjaya itu menyiasat dakwaan rasuah yang dibangkitkan Wan Saifuk ketika sidang Dewan Rakyat.

“Tidak ada pegawai saya yang menghubungi beliau, mungkin sesiapa pun boleh hubungi beliau mengatakan daripada SPRM.



“Tetapi apa yang penting di sini Wan Saiful Wan Jan sepatutnya hadir ke SPRM bagi buat laporan kerana apabila seseorang ditawarkan suapan atau rasuah perlu datang ke mana-mana balai polis terdekat atau (pejabat) SPRM untuk membuat laporan,” katanya kepada pemberita pada sidang kemuncak antirasuah di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Wan Saiful yang juga bekas ketua penerangan Bersatu mendakwa dia telah dihubungi pegawai SPRM selepas membangkitkan dakwaan itu di sidang Dewan Rakyat tengah.

“Tak sampai satu jam selepas saya berucap, saya dapat mesej dari pegawai SPRM minta saya hubungi mereka. Saya akan patuhi.

“Cuma saya nak tanya apa tindakan yang akan diambil untuk menghentikan penggunaan wang rakyat sebagai umpan kepada ahli parlimen Bersatu,” dakwanya pada hantaran di Facebook, semalam.



Terdahulu, ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Wan Saiful turut mendakwa dia telah hadir empat pertemuan dengan individu berbeza yang memujuknya untuk menyokong Anwar.

Selain peruntukan, dia mendakwa turut ditawarkan peruntukan untuk “Projek Mesra Rakyat”, selain tawaran untuk membatalkan pendakwaan jenayah yang dihadapinya.

Dakwaan itu mengundang kekecohan dengan ahli parlimen kerajaan menyifatkan Wan Saiful sekadar menjaja khabar angin.

Mengulas lanjut, Azam memberi jaminan SPRM akan menjalankan siasatan telus tanpa mengira siapapun mereka yang bakal didakwa.



“Kalau di bawah SPRM siasatan telus akan dijalankan terhadap sesiapa pun, kita tidak memilih sesiapa pun sekiranya melakukan kesalahan melibatkan mana-mana anggota pentadbiran kerajaan kita tetap siasat.

“Dalam hal ini adalah lebih molek beliau datang (ke SPRM/ balai polis) kerana beliau menyebutnya di parlimen ini bukan bentuk spekulasi.

“Bila beliau sebut dalam Dewan (Rakyat) yang mulia ia menjadi tanggungjawab beliau untuk tampil ke hadapan dan kami nak tahu juga apa butir lanjut yang disebutkan seseorang itu itu penting kerana tugas kami menyiasat,” katanya.

Setakat ini, sudah enam ahli parlimen Bersatu yang menyuarakan sokongan kepada Anwar.



Pembangkang mendakwa peralihan sokongan itu dibuat menerusi ancaman dan tawaran habuan kepada mereka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Anwar – mendakwa lebih sepuluh lagi ahli parlimen Bersatu yang akan berbuat demikian.

Bersatu bercadang untuk meminda perlembagaannya pada perhimpunan agung khas yang dijadual berlangsung hujung minggu ini.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker