Dr. Kamarul Zaman sah pegawai khas PM sejak Disember 2021



Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff tampil menjelaskan pelantikannya sebagai pegawai khas kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Kamarul Zaman, dia telah menjadi pegawai khas sejak Disember tahun lalu tetapi tidak ingin menonjolkan diri.

“Saya sengaja tidak menghebahkannya, saya lebih suka bekerja dalam diam. Saya bukan seorang yang kejar publisiti, sebaliknya memilih untuk low profile dan bekerja di belakang tabir,” katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Pelantikan itu mula diketahui selepas Pejabat Perdana Menteri merujuknya sebagai pegawai khas Ismail di media sosial untuk mempromosikan program Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, tidak lama selepas Malaysiakini membuat pertanyaan berkenaan pelantikan itu, ciapan tersebut dipadamkan dan hantaran di Facebook pula telah disunting.




Kamarul Zaman berkata dia dicadangkan kepada Pejabat Perdana Menteri oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), di mana dia bertugas sebagai pensyarah kanan.

Mengulas skop kerjanya, dia berkata ia tidak melibatkan politik mahupun soal dasar.

“Sebaliknya saya hanya membantu dalam soal harian selain membuat penyelidikan, yang tidak memerlukan saya untuk menonjolkan diri,” katanya.

Namun, katanya lagi, dia telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengarah kepada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang memerlukannya untuk mempromosikan acara itu.

Tidak jelas sama ada Kamarul Zaman masih berkhidmat sebagai pensyarah kanan di pusat kajian antarabangsa Universiti Utara Malaysia.




Sebelum ini pada 2020, dia pernah disenaraikan sebagai pegawai khas kepada menteri perladangan dan komoditi, Khairuddin Aman Razali.

Bagaimanapun, katanya ketika itu, dia tidak menerima tawaran itu dan mendakwa penyenaraian namanya itu adalah satu kesilapan.

Kamarul Zaman mungkin diingati kerana menjadi antara pengkritik paling lantang DAP, dan berdepan banyak kes dengan parti itu di mahkamah.

Mengulas perkara itu, dia berkata ia adalah isu peribadi dan tiada kaitan dengan tugasnya di Pejabat Perdana Menteri.

“Saya seorang professional, tiada pun apa-apa perkara yang kontroversi mengenai saya kerana masalah kes-kes saman fitnah antara saya dengan beberapa pemimpin pembangkang adalah isu peribadi lama saya yang tiada kaitan pun dengan tugas saya sekarang,” katanya.




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Leave a Reply

Your email address will not be published.