Bila mahu selesai isu sekolah daif?

PETALING JAYA: Masalah sekolah daif di seluruh negara tidak akan menemukan jalan penyelesaian sekiranya kerajaan belum mewujudkan satu dasar khusus untuk mengatasi isu tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, sehingga kini terdapat 1,311 daripada 10,220 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mempunyai bangunan daif dan angka itu bertambah jika gagal diatasi sehingga kini.

Jelas beliau, satu dasar atau blueprint perlu diwujudkan dengan memperkenal pendekatan bagi mengatasi isu sekolah daif.

Ini menurutnya, dengan menetapkan perbelanjaan khusus serta garis masa yang perlu dilakukan kerajaan dalam tempoh lima tahun.

“Jika tiada blueprint sekolah daif, sampai bila isu itu akan menemukan jalan penghujungnya sedangkan statistik sekolah terlibat tidak konsisten dan tidak berubah sejak dahulu lagi. Hal ini kerana saban tahun kita mendengar statistik sekolah daif.

“Justeru melalui dasar sebegini, kerajaan dan Kementerian Pendidikan boleh membuat perancangan yang perlu dilakukan untuk mengurangkan statistik sekolah daif, mungkin boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun serta menetapkan peruntukan kewangan.

“Walaupun kita ada banyak dasar blueprint pendidikan sebelum ini, namun ia bersifat umum dan tidak menyatakan garis masa pelaksanaannya serta pemantauan, sekali gus menyebabkan isu ini tidak akan selesai jika masih tiada perancangan khusus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada tahun lalu, Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak 1,311 sekolah di seluruh negara mempunyai bangunan daif dan daripada jumlah itu, 73 sekolah ada bangunan daif pada skala tujuh yang disahkan tidak selamat digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Malah, sebanyak 1,238 sekolah lagi mempunyai bangunan daif pada skala enam iaitu disahkan tidak selamat oleh pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kos dijangka bagi menaik taraf dan membangun semula adalah sebanyak RM15.077 bilion.

ANUAR AHMAD

Dalam pada itu, Anuar berkata, masalah sekolah daif bukan satu perkara baharu dan berlaku sejak sekian lama pada 20 tahun lalu apatah lagi membabitkan bangunan yang dibina daripada kayu.

Jelas beliau, isu berkenaan sekali gus memberikan kesan aspek pengajaran dan pembelajaran murid serta meningkatkan jurang pendidikan antara mereka apabila sekolah daif menjejaskan keselesaan menuntut ilmu sepanjang tempoh pendidikan.

“Penyebab utama jurang pendidikan adalah sekolah daif apabila ia meninggalkan kesan kepada pengajaran murid dan nasib masa depan mereka selepas ini, akhirnya mewujudkan ketidakseimbangan kepada ekonomi dan sosial rakyat.

“Isu sekolah daif itu satu hal, tetapi soal kedua di manakah anak murid untuk belajar jika bangunan atau kelas tidak lagi selamat digunakan?” soal beliau. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker