Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ganti BKM mula disalur esok

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ganti BKM mula disalur esok

Bantuan tunai untuk golongan B40 kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan disalurkan secara berperingkat bermula esok.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata program bantuan tunai itu, yang dinamakan sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada pentadbiran lalu, akan terus ditambah baik.

“Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada Januari berbanding perancangan awal pada Mac bagi meringankan beban sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata pembayaran fasa pertama melibatkan 8.7 juta rakyat bernilai RM1.67 juta dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di pangkalan data STR.

Penerima yang tinggal di kawasan pedalaman termasuk di Sabah Sarawak, sama ada memiliki akaun bank atau tidak, akan turut menerima bantuan itu esok, katanya lagi.

“Kerajaan perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

“Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya.

Kenyataan itu juga menjelaskan penerima yang tiada akaun bank boleh mendapat bantuan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ganti BKM mula disalur esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker